Kenangan Retro: Di Australia

Semenjak dah ada scanner ni, rajin pulak scan gambar-gambar lama. Dan barulah membuka album gambar lama, aiyoo…ada yg dah pudar. Mujur ada teknologi scanner. Bleh preserve gambar tu dalam bentuk digital.

Antara album yang pertama yg Sherrina scan ialah gambar-gambar masa di Australia dahulu. Sherrina dan family ke Australia pada tahun 1991. Masa tu Sherrina darjah 5. Ayah Sherrina kene kursus disana di Joint Services Staff College di Canberra, Australia. Kami sekeluarga tinggal di rumah jenis townhouse di Crescent St, Holder. Duk sana tak lama, dalam 6 bulan aje. Kami sampai masa summer baru mula dan balik masa winter baru mula.

Cari gambar rumah dari depan tapi tak jumpa. Yang ada cuma gambar dapur aje.

Mula-mula agak pelik jugak memasak pakai dapur elektrik ni. Sebab tak nampak api keluar menyala-nyala macam dapur gas. Yang nampak cuma coilnye berwarna merah. Disinilah kitorang masak nasi impit masa hari raya dan memanaskan sate. Walaupun kecik, tapi cukup lah nak masak untuk 5 orang.

Ni lah kete yang kitorang guna disana. Nasib baik masa tu semuanya masih kecik dan slim river (termasuk mak Sherrina). Kalau tak, confirm tak muat. One thing yg best kat Australia (time dulu lah, skarang tatau) ialah time isi minyak. Harga minyak dia hari-hari berubah. Dan lain stesen, lain harga. Kalau mcm shell, mahal sket lah. Kalau stesen yang takde brand ala-ala cap ayam gitu, lagi murah. Tak silap ada yang jual berapa sen seliter ntah masa tu.

Tatau le skarang ni dorang masih amalkan harga berbeza mcm ni lagi ke tak. So time tu tugas kitorang dalam kete ialah mengusha stesen mana yg ada tanda harga paling murah dan memorize harga tu dan kat mana stesen tu. Supaya lain kali kalau lalu lagi, boleh isi minyak disitu. Jimat banyak kalau dapat jumpa stesen yang betul-betul murah.

Kete kuning tu bukan aje membawa kitorang kesana kemari (sampai ke Sydney) malah itulah kereta pertama yang Sherrina drive. Muehehe….11 tahun dah blaja bawak kete. Tapi terhenjut-henjut macam kuda lah. Dan ingat lagi ada skali tu bangun pagi nak gi skolah, tengok kete takleh hidup sebab minyak dah kene curi. Hampeh tol, camne kene curi tatau lah….mujur stesen minyak Mobil ke Esso dekat je jalan kaki dari rumah.

Ini ialah pasar. Tempat beli barang2 makanan basah. Takleh recall kat mana tempat ni. Rasa-rasanya lah macam di Fishwick. Satu perkara yang murah disini ialah ikan. Ikan besar-besar harganya murah kalau kita beli sekor-sekor. Kalau beli dah fillet agak mahal. Sebabnya Aussie ni takut makan ikan bertulang. Ikan mesti fillet. Jadi kalau beli ikan seekor cuma suh siangkan aje, murah. Dan dorang sangat kagum tengok kita selamba je meratah ikan sekor sebab mereka takut tercekik tulang. Tu time dulu lah, maybe skarang dorang dah berani kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *