Baker’s Place

Seawal pagi Sherrina sudah ke Bandar Tun Razak untuk join member poco-poco disana. Sebetulnya Sherrina tak penah buat mende Poco-Poco ni dan inilah baru pertama kali nak try. Sampai disana jam 7.45, program dah start. Ia diadakan di parking lot bangunan di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak. Lebih dari 20 orang mengambil bahagian. Sorang kene bayar cuma RM3 aje untuk join program selama satu jam ni.

Mula-mula tu kekok juga maklumlah kaki ni keras bab-bab menari ni tapi slow-slow dah bleh ikut lah. Best juga. Sapa yang nak blaja, bleh tonton video Poco-Poco ini dahulu.

Habis program, saya turun dari bangunan tu dalam jam 9.00 pagi. Semasa nak ke kereta, ternampak sebuah kedai roti bernama Baker’s Place. Sherrina mcm familiar ngan nama ni. Dan nampak seorang lelaki sedang asyik membaca akhbar dihadapan kedainya. Baru Sherrina teringat, ini nama kedai seorang rakan BicaraJutawan. Cuba recall nama dia, ingat2 lupa. Dah dekat baru teringat. Sherrina sapa dia, “Assalammualaikum, Bakhtiar”. Terkejut beliau, Sherrina introduce diri dan baru dia ingat. Diajaknya duduk berbual-bual.

Dekat sejam setengah Sherrina lepak disitu bercerita mengenai perniagaannya dan pengalamannya dalam bidang perniagaan ni. Dia juga mcm Sherrina, baru berkecimpung dalam bidang perniagaan selama setahun dan kini telah melakukannya secara full time. Banyak maklumat yang Sherrina dapat dan kami banyak bertukar-tukar pandangan mengenai perniagaan.

Bakhtiar juga membawa Sherrina melawat kedainya itu. Kedainya kini telah mempunyai 4 orang pekerja dan bakal berkembang ke 6 orang pekerja. Sikit lagi boleh buka cawangan lah. Dan Sherrina cukup kagum dengan konsep beliau yang melatih pekerja bukan sahaja dalam menghasilkan roti malah juga menguruskan perniagaan.


Ruang hadapan kedai


Bahagian dapur dimana roti dihasilkan


Donut yang baru siap dimasak


Kawasan dapur yang bersih


Kek yang dibekukan menunggu untuk dihias dan dijual


Alatan parti juga ada dijual disini


Donut yang dijual pada harga RM1


Pelbagai jenis roti yang segar


Kek yang telah siap untuk dijual


Roti garlic dan roti cheese. Sedap dan lembut.


Ramai orang mengunjungi kedai beliau.

Bagi yang nak mencuba keenakan roti dan kek segar buatan bumiputera, bolehlah berkunjung ke Baker’s Place yang terletak di bahagian bawah Pusat Komuniti Bandar Tun Razak. Lokasinya cukup strategik, berdekatan dengan LRT Bandar Tun Razak. Lawati blog The Baker’s Place di http://bakersplace.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *