Majlis Perkahwinan Ann Azis dan Norsham

Tarikh: 1 Januari 2008
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Komuniti Taman Ibu Kota

Setelah 3 hari asyik menghadiri kenduri, majlis perkahwinan Ann Azis menutup tirai. Kebetulan pula bukan sahaja aku dan Ann yang sama-sama sekelas semasa bersekolah di CBN dari form 1 sampai form 3, rupanya mak dia dan mak aku pun satu sekolah juga. Jadi kami mendapat 2 kad jemputan.

Kami tiba di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota jam 12.45 tengahari. Ramai tetamu yang telah hadir. Pengantin tiba hampir jam 2 petang. Setelah puas makan nasi, dadih dan ada bubur kacang istimewa, kami bergambar bersama pengantin. Lepas kenduri, kami berkonvoi ke rumah Nik Hanim pula untuk menziarahi beliau yang telah selamat melahirkan anak lelaki bernama Ahmad Taufiq.


Nadia yang sedang mendukung Humaira (praktis ke, kak!)


bergambar kenangan bersama pasangan pengantin

Kepada Ann dan Norsham, tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayat šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *