Enchanted and, Eyes on Malaysia

Hari sabtu yang busy bermula dengan menaiki LRT ke KLCC seawal pagi untuk menonton filem Enchanted bersama member yang dari mula beria2 nak tengok cerita ni. Itupun Sherrina gi jugak sebab review Faruq mcm best aje. Habis di KLCC, gi Restoran Kak Ieta di Wangsa Maju Seksyen 2. Restoran ni baru bukak. Saja nak usha tengok apa best. Tabik ngan restoran melayu mencelah masuk di area yg mostly peniaganya cina. Besides, ni antara restoran melayu yang ada di Wangsa Maju…mostly mamak.


Design entrance kedai yang menarik


Hiasan dalaman yang menarik


Kaunter ni agak pelik, remind me of tembok kolah bilik air umah kampung


Mee Bandung Udang Galah special. Pelik sket sebab pakai kuah kacang. Kalau perut tak lapar sangat, cepat muak juga.


Udang galah ke udang apa ni eh…ada 3 ekor dalam setiap mangkuk


Yummm….sedap. Harga semangkuk RM7

Lepas makan, gi ke Tasik Titiwangsa untuk naik Eyes on Malaysia. Dari awal tahun dok remind myself nak naik mende ni sebelum dorang start cabut besi-besi tu..muehehe..mujur teringat. Sampai di Titiwangsa kol 2. Parking agak susah nak cari. Ingatkan sure kene beratur panjang rupanya tak juga. Beratur terus beli tiket terus naik. Share satu ‘apakenamamenatangbulattu’ dengan 2 orang girls yg mcm kitorang gak, last minute baru teringat nak naik…muehehehe…


Lepas je kitorang naik, ramai orang berpusu-pusu


Pemandangan dari atas angin


KLCC dari jauh


Mentang-mentang dah nak bungkus menatang ni, mcm2 bunyi keluar. Besi dah berkarat.


Cuaca yang cantik


Bye bye Eyes on Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *