Directory Printing Software

Sherrina tengah mencari jalan macam mana nak print senarai files dalam folder atau directory yang ada. Misalnya, senarai MP3 yang ada dalam simpanan. Nak taip satu-satu, leceh. Nak print screen, kurang best. Maka, tanyalah Pakcik Google.

Jumpa satu website iaitu Spadix Software. Spadix recommend satu software kecil bernama JD Directory Printer. Saiznya cuma 173kb. Kecik aje. Sherrina download dan try. Ia tak perlukan sebarang installation. Cuma launch program dan terus menggunakannya.

Bila dah launch, just click kat tanda ! tu untuk cari folder mana yang anda nak print.

Cari le folder yang berkenaan. Pastu klik folder tersebut dan klik OK.

Kita boleh tentukan apa details yang kita nak print di tab Display. Seeloknya Limit Length tu lebihkan supaya takde filename yang tercicir (especially kalau ada file yg namanya panjang berjela). Dan siap setting, klik Start. Satu file Notepad akan terpapar beserta dengan senarai file dalam directory tersebut. Ia automatically simpan dlm folder dimana software ini disimpan.

Hasilnya seperti ini. Senang le nak keep track apa file yang ada dalam folder atau directory kita. Selamat mencuba!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *