Game Review: The Sims 2 Castaway

Wahhhh…..game baru sudah keluar untuk Nintendo DS, PSP, PS2, Wii dan konsol-konsol lain kecuali PC. Huhu…nasib baik ada DS. Anyway, kalau anda pernah main games Sims2, asasnya sama iaitu menyelesaikan masalah atau membina sesuatu atau mencapai sesuatu.

Dalam siri Castaway, watak yang anda sendiri cipta terdampar disebuah pulau terpencil. Pada asasnya hanya diberikan sebuah pondok buruk untuk berteduh dan anda akan diajar cara-cara menghidupkan api (siap kene tiup kat mic utk hidupkan api…cool!), meluruhkan buah kelapa dari pokok dan sebagainya. Sedikit demi sedikit, tools serta experience akan bertambah seperti boleh mencari ikan menggunakan tombak, menanam pokok buah-buahan, memasak dan banyak lagi.

Bermain game ni kene banyak bersabar sebab ada keadaan kita nak trade sesuatu dengan orang lain (oh ya, di pulau ini ada juga orang lain yg turut terdampar iaitu seorang doktor, petani, chef dan tukang jahit) dan hanya certain item sahaja yang trader itu mahu. Jadi ada masa kene berjam-jam duduk di pantai mencari ikan yang tepat (ada ikan yg timbul certain time sahaja), kemudian cari bugs yang hanya akan muncul jika kita dapat hancurkan bugs2 yg ada pada score perfect dan sebagainya. Ianya challenging dan menguji kesabaran.

Apabila sangkut di certain part, gunakan internet untuk membantu anda. Banyak forum dan web yang membantu memberikan tips untuk mendapatkan sesuatu bahan, mencari suatu spesis ikan dan sebagainya.

Kepada peminat Sims, jangan lepaskan peluang mencuba permainan ini. Best dan menyeronokkan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *