Reunion MRSM Terendak 1997-2007

Alhamdulillah, setahun merancang dan 3 bulan berjuang….akhirnya menjadi jugak program reunion yang mengumpulkan 65 ex-Terendakians PMR95 dan SPM97. Pada mulanya AJK yang seramai berbelas orang akhirnya cuma tinggal 3 orang iaitu aku, Shema dan Is. Tapi berjaya juga program ni berlangsung walaupun kudrat yang sikit.

Aku dan memberku, Wana bertolak dari KL ke PD pada jam 6 petang pada hari Jumaat, tiba di PD jam 7.30 malam. Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Glory Beach Resort, sesat beberapa kali sampai juga akhirnya. Last skali aku ke sana masa ngan geng2 UTMKL beberapa tahun yg lalu. Kitorang check-in dulu ke business suite (kunun) yg diberikan percuma untuk AJK. Bezanya cuma ada Astro. Lepak dan rehat, tak lama tu Is dan familynye sampai. Riuh-rendahlah dengan suara anak-anak Is iaitu Pica dan Nuqman. Meriah lah….malam tu tido agak awal sebab penat. Lagipun esoknya hari sangat busy sebab banyak mende nak organize.


Banner yg dicetak oleh company wife Lawi

Tengahari, kitorang semua keluar cari makan tengahari. Shema dan family datang tengahari. Tolong siapkan goody bag iaitu bag sumbangan Niosh, mouse pad sumbangan Institut Atom, sticker kete MRSM Terendak 95/97 dan beg toiletries yg dicetak nama reunion. Aku lak mana ingat kawasan PD, dah lama tak dtg belah2 hujung ni. Slalu layan belah Blue Lagoon. Gamble je lah, last2 makan di food court depan Yacht Club. Lepas makan, cari barang2 last minute pastu balik hotel. Tengok-tengok, meja urusetia tak disediakan untuk kitorg. Kambeng! Utk skolah lain ada lak (ada few schools yg ada program pada hari yg sama). Telefon receptionist, suh dorg setup jugak. Berapa kali mau inform lah, verbal pun sudah…written pun sudah. Hadoiii!


Punya banyak program buat serentak


Masing-masing mengisi borang untuk dapat goody bag.

Menjelang jam 6pm, almost semua dah check-in except several yg lambat. Ramai yg sangkut di jem dan road block kerana program Bersih di KL. But at the end, semuanya selamat sampai. Kol 8pm aku dan Is turun ke poolside (aku mintak dewan 2 minggu lebih awal tapi poolside gak diberi. Nak kene zasss org sales nih) untuk lihat keadaan.

Kedengaran lagu raya berkumandang kerana tema dinner ni ialah Hari Raya since ia hari terakhir aidilfitri di bulan syawal. Aku juga wajibkan semua datang berbaju raya, which surprise…surprise….90% mengikut peraturan. Wahahaha….dasyat lah. Yg perempuan bergaya dengan baju kurung dan kebaya manakala lelaki segak dengan baju melayu siap bersampin. Malah Reni dan suami siap pakai baju yg dorang pakai masa akad nikah lagi. Kelass gitu. Makanan pula adalah BBQ. Sedappp….Yang best tu tengok masing-masing masa mula datang tersipu-sipu. Dah 10 tahun tak jumpa, tatau camne nak mula bicara. Kene pula ex-gf dan ex-bf masa cinta monyet di maktab pun ada juga…teringat kenangan masa muda…ececececehh….


Reni, suami dan anak bersama2 homeroom Cassie


Slipt tunjuk eksen sebab masih muat pakai baju maktab dan sampin maktab….Ion dan Alan sengih dengki..muehehe…


Ucap alu-aluan oleh Iskandar Syahril


Presiden Program Reunion, Zahir siap berbaju melayu…baru lah segak…

Lepas ucapan, doa dibacakan oleh saudara Sting. Hadirin turut sedekahkan kepada arwah Arzumi Yuswira dan arwah Azizul Rahman

Kemudian, sesi bertukar hadiah dimana semua yang bawa akan mencabut nombor dan hadiah yg bernombor itu menjadi milik mereka. Sapa agaknya yg dapat hadiah Qarmal? Mcm grand je sebab kotaknya paling besar…


Max kene interview sebab tak bawak hadiah


Nafi buat trademark dia..


Azie, Ita, Zairin, Mickey dan Nazham. Nazham tunjuk skill, paham dah…paham….


Gambar homeroom Phoenix, aku tatau lak Akim pun Phoenix…hmmm….


Kehadiran paling ramai, kelas 5B1 bersama ketua kelas, Pesol. Ziera dan Nurul dah balik lebih awal.


Gambar boys beramai-ramai


Gambar girls beramai-ramai


Tak sah kalau tak bergambar beramai-ramai…

Majlis habis dalam kol 11 lebih gitu. Yang lain-lain balik ke bilik, yang datang dinner sahaja beransur balik ke destinasi masing-masing. Budak-budak lelaki aku dengar melepak mana ntah dengan Peos yg muncul secara tiba-tiba sampai lewat pagi. Aku balik, jumpa bantal…tak sedar dah. Penat sehhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *