Jom Pi Penang

Masa Matta Fair yang lepas, Sherrina beli kupon Hotel Grand Paradise di Penang dengan harga RM19.99 satu malam. Check-in hujung minggu kene surcharge RM50. Still cheaper dari harga biasa. Bertolak dari KL jam 4.30am bersama 2 orang kawan memandu kete Proton Satria. Jalan ok, clear sebab orang tak ramai lagi. Singgah rehat di hentian Rawang untuk beli makanan (kebab disini sebab bangat) dan kemudian di hentian R&R di Perak untuk solat Subuh.

Jalan clear, tenang aje. Berkabus.


Tiba-tiba je semua kete kene berhenti sebab dorang nak susun kon.


Selamat dtg ke Pulau Pinang. Mula2 cuak gak sebab naik jambatan tak jumpa pun tiang2 ni, rupanya di tengah-tengah.


Naik train ke puncak Bukit Bendera


Rupanya ada orang dok di bukit ni


Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera


Landasan di Bukit Bendera


Monyet yang kesedihan


Usha sapa ntah


Banglo yang nampak mcm dalam masalah hakisan


Hotel Grand Paradise dimana kami menginap. Read my review here in Yahoo Travel.


Jalan Macalister yang sentiasa sibuk

Agak beruntung kerana datang pada waktu bukan musim cuti sekolah. Jadi tak le ramai sangat orang di Bukit Bendera. Senang juga nak parking tapi kene charge RM3. Ntah legal atau tidak. Naik bukit bendera kene bayar RM4 seorang. Sapa bawa anak kecil kesian sangat sebab berhimpit dalam coach.

Turun dari Bukit Bendera, kami makan di restoran di situ. Ada kedai melayu. Makanannya sangat murah. Nasi goreng ayam RM3.50 dan teh ais RM1.20. Terkejut juga sebab biasanya restoran di kawasan tumpuan pelancong mengenakan harga yang mahal. Mujur juga kami makan siap-siap disitu kerana di pekan Georgetown susah nak cari kedai makan Melayu.

Check-in hotel jam 3 petang. Parking juga disediakan. Mandi dan rehat, tido sampai petang sebab penat dan kenyang. Katil yang disediakan sangat besar, muat 3 orang. Tak perlu keluarkan wang ambil katil extra.

Selepas Maghrib, kami bersiap-siap untuk ke Batu Feringghi. Berpandukan peta, sampai juga akhirnya. Tapi senang juga nak ke sana sebab banyak signboard yang membantu. Parking pun bayar RM3. Jalan-jalan tengok barang. Banyak barang tiruan. Yang best disini ialah DVD cuma RM4 sahaja. Borong 17 keping untuk member yang pesan belikan. Hehe…tengok dulu lah sebelum pass pada dia. Pastu beli pen laser dengan penunjuk yang Sherrina guna waktu mengajar sebab di KL dah tak jumpa dah pen yang sama. Harga selepas tawar ialah RM12.

Macam-macam ada…


Unik dan menarik

Member2 beli souvenier mcm keychain dan fridge magnet. Kene pandai cari sebab ada kedai yg jual satu fridge magnet RM6. Round ke hujung sikit ada kedai yg jual cenderamata sahaja, 3 biji RM10.

On the way balik cuba cari kedai makan melayu tapi tak jumpa. Puas round bagai nak gila. Orang kata Penang night life tapi banyak yang sunyi sepi. Maybe cuma night life di Gurney drive aje. Lalu juga disana tapi parking penuh, besides kedai2 makan disana semuanya kedai cina. Pusing-pusing satu bandar tapi kedai mamak aje yang ada. Terpaksa le makan roti canai mengalas perut. Menyesal juga tak makan dulu di gerai2 tomyam yang banyak di tepi jalan menuju ke Batu Feringghi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *