Brand New Scanner

Smalam hari yang membosankan. Tatau apa nak buat, jadi naik monorel ke Times Square untuk menebus dendam sebulan tak makan kat Marrybrown. Kemudian jalan kaki ke Plaza Low Yat untuk membeli sebuah scanner.

Dah 4 tahun Sherrina tunggu harga scanner turun. Ingatkan boleh le turun banyak macam thumbdrive. Tapi oklah, kalau dulu rega above RM200, skarang bawah RM200 pun ada. Lepas usha-usha di beberapa buah kedai, akhirnya Sherrina beli BenQ 5560 dari kedai Cycom dengan harga RM135.

Nak install pun senang. Semua steps ada ditunjukkan dalam manualnya.

Ni hasil testing scan yang pertama:


Cover majalah maktab. Aku nye majalah tatau ke mana (sedih sangat). Ni pinjam dari Ajoey. Boleh le aku scan seluruh majalah. Wah, ini barangkali satu-satunya softcopy majalah maktab yang akan ada di alam siber. Cool….


Gambar kenangan di MRSM Terendak. Baru aku perasan quality gambar dalam album-album makin merosot, ada yang dah kekuningan. Kene scan cepat-cepat lah sebelum ia terus rosak atau hilang.

Puas hati le pakai scanner BenQ ni. Berkualiti pada harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *