Relax dan Lepak

Tinggal beberapa hari aje lagi dah nak raya. Ramai orang masih berpusu-pusu ke shopping mall membeli persiapan terakhir. Bengkel-bengkel kete bukak sampai malam sebab banyak kete perlu di servis. Seronok tengok orang kelam-kabut buat persiapan sebelum balik ke kampung. Bagi Sherrina yang beraya di KL, relaks dan lepak ajelah. Persiapan tahun ni lebih simple dari tahun lepas. I guess semua dah beso panjang, tak terasa meriah mcm masa budak-budak dulu.

Semalam lepas abis mengajar gi lepak di Perpustakaan Wangsa Maju. Dah lama tak turun ke sana. Banyak buku-buku baru. Antara tujuan utama sebab nak baca majalah Reader’s Digest dan majalah-majalah lain yang sentiasa di langgan oleh perpustakaan ini. Takde orang pun, Sherrina sorang aje. Petang sket baru ada orang datang pulang buku dan baca paper.


Plenty of good books


It’s small but cozy


Another great product by PTS One


Cukup untuk isi masa sepanjang cuti raya

Today takde lagi kelas tuisyen. So pagi pegi Unitar selesaikan yuran yang tertunggak sebelum konvo bulan 12 nanti. Pastu lepas rumah Zura tengok anak dia yang baru lahir. Namanya Nurul Ain. On the way back dari hantar member ke Kampung Baru, singgah ke Pusat Darah Negara. Baru-baru ni PDN buat SOS supaya penderma tampil membantu sebab tabung dalam keadaan kritikal.

Previous years memang Sherrina slalu donate blood tapi dah 2 tahun tak donate sebab blood pressure asik melepas tahap yang dibenarkan (130 kalau tak silap ialah limitnya). So tadi singgah le kejap saja nak check BP. Kalau ada rezeki boleh le donate. Pastu masa check doctor tu baca di mesin…bacaannya 194. Dia kata takleh derma. Sherrina tgk geram gak sebab last check bulan Jun dalam 146 gitu. Takpelah, naik kete terus balik. On the way, baru terfikir. Kalau BP sampai cecah 194, tak ke meroyan dibuatnya. Sure dah sawan ke hapa sebab tu dah level yang tinggi.

Tak puas hati, singgah di Giant gi farmasi Guardian. Tanyakan BP Monitor, rega semuanya lebih dari RM300. Pastu ke Taman Melawati singgah di Vitacare. Ada offer BP Monitor harga RM168. Test unit tu dulu. Bacaan BP ialah 146. Aitt….lain lak. Tak puas hati kot-kot machine tu tak accurate, try pakai BP Monitor yang lain yang lebih mahal harganya. Bacaan hampir sama, lari sikit aje. Cehhh….takde pun mencecah 190. Apa mesin le PDN pakai nih, hampir aku nak heart attack bila dipikir-pikirkan balik.

Purchase the BP Monitor and a bottle of fish oil. Dorang recommend, even masa tu ada satu makcik yang dah berumur pun kata dia makan omega 3 fish oil utk control BP dia. Oklah, cuba dulu. Mana tau ok….

Nampak gaya raya ni makan roti ajelah….huhuhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *