Buka Puasa di Seoul Bulgogi

Hari ni relaks sikit. Takde kelas pagi. So tengahari lepas deliver hamper-hamper kepada client, park kete kat LRT Gombak dan naik Putra ke KL Sentral. Tujuannya saja nak jalan-jalan sambil tu nak ziarah pejabat PTPTN bertanya khabar pasal pembayaran. Lepas sembang lebih kurang, bayar sikit dan naik lagi LRT ke Asia Jaya (nasib baik ada Touch n Go card) nak usha Digital Mall. Orang kata kat sana banyak cd dan dvd lanun. Besides nak tgk murah ke tak harga barang kat sana.

Lepas jalan-jalan, tak beli apa pun sebab dvd tutorial yang Sherrina cari takde dijual. Puas menunggu teksi, last-last gamble je jalan kaki ke stesen Asia Jaya. Nyaris sesat le jugak, kene tanya orang. Naik LRT ke Kerinchi untuk buka puasa ngan member-member MRSM Terendak 97 di Restoran Seoul Bulgogi. Mula-mula masa si Shema bagitau nak buka puasa di situ, hampir nak menolak. Sebab Sherrina tak makan sushi. Rupanya bukan restoran sushi tapi steamboat dan grill. Macam best, terus terima pelawaan.

Dalam 17 orang yang turun. Sherrina, Iskandar, Hisyam, Indah, Aweng, Shema & Radzi, Ion & Azlina, Erik, Alan, Payat, PK, Nazham, kawan Erik dan kawan Nazham.


Seoul Bulgogi. Nak makan kat luar pun bleh.


Antara pilihan makanan yang ada.


Udang ada, ketam ada, lala ada…semua fresh-fresh


Kalau buffet tempat lain, amik aje terus makan. Kat sini kene masak dulu, masa sendiri loo….


Ayam, daging kambing yang sedang dibakar…yumm!!!


Shema dan husband yang sibuk memasak. Ko saje je kan pilih kedai ni sebab nak tunjuk skill memasak tu kan…kan…kan……hahaha


Hisyam pun nak tunjuk skill jugak.


Aweng yang tak henti-henti memasak dari mula sampai habis. Beli satu le, Aweng. Bleh masak hari-hari kat umah….hehehe..


Ion yang tersandar kekenyangan bersama Alfian yang baru pulang dari rantau….


Payat dan Erik yang makan dengan penuh khusyuk


Hisyam, Alan dan Payat yang gembira sebab dah kenyang

Terima kasih pada Shema dan Nazham yang sudi menaja organize majlis buka puasa kali ni. Jumpa lagi di majlis reunion nanti šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *