Buka Puasa di Pizza San Francisco

Hujan punyalah lebat sepanjang hari…..brrr…sejuk. Rasa nak duduk dalam selimut aje. Tapi perut berkeroncong. Pikir nak makan apa untuk berbuka. Dah muak rasanya makan nasi, nak cari kelainan pula hari ini. Teringat pada sebuah restoran yang baru dibuka di KLSC Wangsa Maju. Google mencari no telefon dan reserve untuk 2 orang. Kol 6 kami sampai disana.

Satu perkara yang maybe ajaib lah mengenai kawasan KLSC (Kuala Lumpur Suburban Centre) yang terletak di Seksyen 5 Wangsa Maju ni ialah semacam ada badi dengan perniagaan restoran. Masa sherrina keje di Futurekids dulu selama 4 tahun, kitorang siap bleh betting berapa lama restoran yang dibuka boleh bertahan. Hatta kedai mamak yang terletak diantara Affin Bank dan Ambank (sblm dorang pindah) tu pun akhirnya surrender(tapi lama gak dorg bertahan) sebelum ditukar dengan restoran mamak yang lain. Yang betul-betul bertahan ialah Restoran NZ bawah dan kemudiannya atas bukit, Restoran mamak di blok ke bawah (satu blok ngan Zakat) dan Hayati Haus. Yang selebihnya, buka dan tutup ajelah. Kenapa? Ntah lah..toyol kedai mamak lagi kuat kot….muahahaha…

Anyway, ni restoran yang baru buka di blok yg baru siap. Kita tengok berapa lama dorang leh tahan..memandangkan baru buka, dorang offer lamb chop dengan harga RM9.90….kitorang order lamb chop.


Nampak macam sedap..


Garlic bread….rasanya…ummmm…bolehlahhhhh…..


Mushroom soup yang tawar dan tak berperisa…rugi je order.


Jus tembikai yang tawar hebe…


Ice Mocha yang pekat dan manis…nasib baik sedap.

Kesimpulannya rasa macam rugi lak datang makan kat sini. Lamb chop nye hangus sikit menyebabkan rasa pahit-pahit. Pastu sos lamb chop tak kick (sedap lagi lamb chop Restoran Damai atau Shareezma, zaman ada western dulu) dan dagingnya liat. Satu pinggan ada 3 keping, aku lalu kunyah 2 keping je kot….tu pun potong-potong part tertentu. Tak le sampai mengigit tulang macam slalu. Huhu…

Pastu Sherrina tatau lak yang dorang kasi sup zucchini free. Budak waitress pulak tak bagitau yang sup tu free, just suggest suh amik sup tu. Sherrina tak mau lah, mintak mushroom. Lepas order baru nampak sign kata free. Mintak kensel, takleh sebab dah key-in dalam system. Hampeh….amik jugak le sup zucchini tu. Sedap lagi sup free daripada sup mushroom yang kene bayar. Tawar dan tak berperisa.

Member lak terkulat-kular mengabihkan jus tembikai. Tawar. Nasib baik Sherrina nye Ice Mocha sedap. Yang tu jelah hirup sampai habis. Pastu hujan lebat yang amat lak, mintak fruit cocktail + one scoop ice-cream. Nasib baik sedap. huh….

Masa nak bayar, cashier yang handsome tu tanya, “how’s the food?”…..sherrina dengan selamba je cakap “very disappointing” ….cuma larat nak bagitau pasal lamb chop aje. Yang lain tu malas nak sebut…muka dia pun dah terkulat-kulat.

Yang pasti kalau nak lepak sini lagi hanya kerana Ice Mocha dan free Wi-Fi aje (wuhuu….sini ada free Wi-Fi lah, takyah dah gi Starbucks Alpha Angle) tapi usha-usha masa makan, tak nampak haram sebiji pun plug nak cucuk adaptor laptop. Camne nak datang layan wi-fi kat sini? Pening gak…..anyway, rasa tak syok lah makan kat sini hari ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *