Buka Puasa di Kafe Serai Wangi

Semasa reunion CBN bulan Mei yang lalu, Sherrina terjumpa kawan lama yang lebih awal bertukar sekolah sebelum Sherrina ke MRSM Terendak. Namanya Yohanis. Kitorang berdua agak kamceng sebab ayah kami sama2 bekerja dengan tentera. Dan Sherrina slalu jeles sebab setiap kali habis sekolah, dia dijemput oleh sebuah trak tentera (dulu bercita2 sungguh nak panjat trak tentera, tak kesampaian sampai sekarang huhu…)

Rupanya selepas habis study law dan bekerja lebih dari separuh mati di law firm yang amat terkenal, dia quit. Mak dia beri modal, buka kafe dan hanya bertahan selama 2 minggu sebelum menyerahkan kepada Yohanis untuk beli dan ambil alih kafe tu. Masa mula-mula dapat tau dia ada kafe sendiri, kami mcm terkejut gak. Siapa sangka dalam havoc dan kecoh dia tu, ada bakat menguruskan restoran (dan kini sudah ada kedai dobi).

Seperti tahun-tahun yang lalu, Sherrina dan geng2 CBN yg rapat akan berbuka puasa sekali bersama-sama. Walaupun masing2 tinggal dan bekerja di KL tapi atas kesibukkan urusan harian, nak jumpa sebulan sekali pun susah. Maka kali ni kami memilih nak buka puasa di Kafe Serai Wangi yang terletak di kawasan Taman Desa yang Sherrina sendiri tatau jalan camne nak kesana. Mujur org lain tahu….hahaha…

Kafe Serai Wangi terletak di kawasan yang strategik. Berdekatan dengan pondok polis (keselamatan) dan dikelilingi perumahan flat, apartment dan kondominium. Kedai ini menyediakan masakan siam dan seafood telah beroperasi selama 2 tahun.


Wana dan Mas bersembang sambil menunggu waktu berbuka


Awin dan Yohanis tengah berbincang nak order apa….

Setelah meneliti menu, kami akhirnya order beberapa jenis lauk bersama nasi kosong. Nak test sedap ke tak makan kat sini…..hehehe…..


Tomyam campur untuk dua orang. Pekat, pedas dan kaw. Banyak isi bukan bawang semata. Cukup untuk 4 orang makan.


Ikan siakap 3 rasa. Murah betul harga ikan siakap kat sini. Kalau kat keramat slalu kene RM25 siap masak. Kat sini, less than that…tapi power…


Kailan Ikan Masin…..(payah menulis blog dan upload gambo makanan ketika puasa…)


Kangkung Belacan..perghhh…


Kuih tajaan Awin. Katanya dia buat sendiri….hmppppp….


Teh tarik masih RM1 (pekat, bukan pakai susu pekat cap ayam aa), jus tembikai besar cuma RM2 dan ais kosong….free..


Kurma pun ada…FOC. Tak kudukut, tau..Pakdi 🙂


Campur ayam masak halia dan telur bistik….penuh satu meja.


Perut dah kenyang, jom bergambar beramai-ramai…

Sedap sehingga menjilat jari. Wei, bukak lah branch kat Keramat ni. Tak le jauh aku nak travel ke sana semata-mata nak makan…hahaha…kualiti makanan, fantastic. 9/10…..Tak rugi datang makan di Kafe Serai Wangi 🙂

Kafe Serai Wangi
18G Jalan 3/109C
Tmn Abadi Indah
Off Jalan Klang Lama
(sederet ngan Pondok Polis, mengadap main road dan belakang bangunan Wisma Man Nien)

p/s: Sempena hari raya, Kafe Serai Wangi tutup 2 minggu….lepas raya boleh datang pekena tomyam lah lepas jemu pulun ketupat dan rendang….hahaha….

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *