Cerita Bunga lah pulak…

Asik citer pasal makan je, citer pasal bunga lah pulak. Ayah Sherrina memang minat sangat tanam bunga dan pokok. Dia akan cuba pelbagai cara untuk membolehkan tanamannya menjadi. Tetapi selalunya pokok bunga tu cuma tinggal pokok je. Bunga yang hidup susah nak panjang hayat. Tatau lah kenapa. Baja ke, tanah ke….tatau lah.

Pagi tadi tengah syok layan game kat NDS, tetiba mak Sherrina panggil suh bawak kamera. Katanya nak tangkap gambar bunga. Sherrina heran, bunga ni cuma hidup pagi ni aje ke sampai beria-ia. Teringat citer apa ntah yang bunganya cuma berkembang setahun sekali aje pada satu malam (ya…citer Dennis the Menace). Sherrina pun bawak digicam. Rupanya ayah Sherrina nak alihkan bunga di tanah tu ke dalam pasu. Sebelum terjadi apa-apa, amik gambar dulu. At least ada gak kenangan….


Pokok tatau lah namanya apa….


Percubaan guna Macro mode.


Satu-satunya bunga raya yang survive


Bunga kertas senang hidup kalau mendapat cukup cahaya.


Sejak guna baja jepun campur bakteria, subur juga tanah ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *