Berbuka Puasa di Dewan Perdana

Alhamdulillah, rezeki hari ni. Opis member berbuka puasa di Dewan Perdana yang terletak di Jalan Maktab. Last minute ada yang tarik diri. Jadi untuk mencukupkan korum, boleh bawa kawan luar. Jadi member Sherrina ni ajak le Sherrina join. Ni kali pertama berbuka buffet dalam bulan puasa ni (selain buffet di rumah).

Untuk memandu ke Dewan Perdana, lalu belakang kampus UTM Jalan Semarak. Dah lama betul tak lalu kawasan belakang tu. Dah banyak yang berubah. Sampai di Dewan Perdana, parking full. Terpaksa park kat kawasan lori D’Saji. Bolehlah, janji ada parking. Ramai betul orang yang berbuka di sana. Kebanyakkannya anjuran pejabat dan organisasi.

Kami ditempatkan di meja berhampiran pentas. Melihatkan nombor-nombor diatas meja, ntah-ntah mencecah lebih dari seratus meja. Ishh….banyaknya. Tapi meja memang disusun dekat-dekat sangat. Nasiblah sapa yang kene duduk kat tempat yang sempit bersentuh dengan kerusi orang belakang. Akibatnya, seorang pelayan tertumpah kuah kari keatas baju seorang pelanggan, kerana tersekat diantara dua kerusi.

Pilihan makanan agak banyak. Untuk memudahkan, gerai makanan dibahagikan ke dua bahagian. Jadi meja di kawasan kanan ambil di gerai di kawasan mereka dan begitu sebaliknya untuk tetamu di kawasan kiri. Bagus jugak, tidak le berlaga bahu dan terpijak kaki. Terdapat pelbagai jenis makanan daripada makanan tempatan hingga ke barat.

Antaranya laksa penang, laksa johor, nasi dan lauk-pauk, kambing bakar (gerai yg menjadi tumpuan), kepak ayam goreng, roti jala, kuih-muih, nasi kerabu (ye ke, yg warna biru tu?), roti bom, sup tulang, bubur nasi dan banyak lagi lah. Minuman pula selain air kosong ialah sirap dan teh tarik. Juga ada ABC. Jap…it’s more like ais kepal (sapa yg lahir zaman 50an tau lah kot ais kepal ni) sebab ia diambil dari satu tong yang berisi ais yang telah dikisar, dikepal menjadi bulat menggunakan senduk dan dimasukkan dalam mangkuk. Tuang susu, sirap merah dan gula merah…voila….ABC.

Sambil menjamu selera, kami disajikan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan ini. Tak ingat apa namanya. Penyanyi berbaju hitam no 2 dari kiri itu sangat comel…..


Budak ni pun terkesima melihat mereka.

Anyway, overall kualiti makanan sedap. Nak kata sedap gila taklah, but oklah. Sup tulangnya sedap begitu juga kambing panggang. Yang lain-lain tu biasa aje. Rasanya sama gak mcm makanan di pasar ramadhan. Cuma environment selesa dan terhibur dengan nyanyian nasyid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *