Pasar Ramadhan

Hari ni baru kali pertama melawat pasar ramadhan. As usual seperti tahun-tahun lepas, Sherrina akan cuba limitkan berbelanja di Pasar Ramadhan ni. Tapi setiap tahun mesti sekali membeli ikan pari bakar dituang cili yang famous di Pasar Ramadhan Taman Melawati.

Petang tadi sampai di Taman Melawati dalam kol 6 petang. Sesak dan ramai orang, mcm biasa tapi rasanya tak le se teruk tahun-tahun lalu yang sampai jalan jem gila-gila. Parking pun senang gak dapat walaupun jauh sedikit. Sherrina perhatikan gerai kali ni agak kurang. Biasanya dari hujung ke hujung, lebih kurang 5 ke 6 baris. Tapi kali ni nampak mcm cuma 4 baris aje. Pastu baris pertama dan kedua tu punyalah sempit. Sapa lah yg design susunan gerai kat situ.

Anyway tak larat nak round satu per satu sebab letih. Terus mencari gerai ikan bakar Nelayan. Tapi cari punya cari tak jumpa. Round ke baris tengah bahagian depan, baru nampak. Beli seekor ikan pari bakar saiz pinggan nasi. Harganya RM13. Mcm harga tahun lepas rasanya.

Bawa ke gerai makan di AU5. Order nasi dan tomyam. Lepak ngan member. Lepas azan dan berbuka, mula lah menerjah ikan pari. Suap je ke mulut…..aisehhhh. Apa hal lak rasa hidung tersumbat nih? Ikan pari ni kadang2 ada satu mcm ‘gas’ keluar yg bleh menyebabkan hidung jadi kurang selesa tapi tak le banyak. Tapi ikan pari kali ni, setiap kali suap ke mulut….berdesing hidung. Hilang selera nak makan. Minum air aje dan ratah nasi dan tomyam. 3/4 ikan dibungkus bawa balik.

Apa hal lah ikan pari kali ni. Menyesal gak tak menunggu ikan siakap. Patut le banyak ikan pari tersadai diatas meja, ramai orang menunggu ikan siakap. Agaknya dorang dah tau kot pasal mende tu. Apa nak buat, kali ni terkena lah pulak di Pasar Ramadhan…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *