Pulau Perhentian – Hari Pertama

Alhamdulillah, sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Percutian ke pulau yang terakhir ialah tahun 2005 iaitu di Pulau Redang. Kali pertama Sherrina ke Pulau Perhentian ialah kira-kira 10 tahun yang lalu. Kali pertama Sherrina dan family stay di Perhentian Island Resort. Kemudian kali kedua kami ke sana rasanya tahun 2002 atau 2003, duduk di Chalet Abdul. Dan tahun ini kami kembali untuk kali ketiga, duduk di tempat mula-mula kami bertandang di pulau ini, iaitu di Perhentian Island Resort (PIR). PIR dah banyak berubah, semakin moden dan maju.

Kami bertolak dari KL jam 8.30 pagi pada hari Sabtu, 1 September 2007. Menaiki kereta ke Kota Bharu untuk tidur semalam di sana. Dah 10 tahun juga kami tidak ke KB. Kali terakhir kami ke sana, duduk di Hotel Mawar yang pernah terbakar beberapa tahun yang lalu. Di sepanjang perjalanan melalui Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai hingga ke Kota Bharu, terpegun dengan suasana sekeliling. Banyak yang berubah dan ada juga yang masih asli seperti dulu.


Pekan Raub di Pahang

Singgah di pekan Raub untuk bersarapan. Masih ingat lagi kawasan ini, last sekali pergi masa Zura kawin. Pekan ni sunyi ke di pagi Sabtu, cuti selepas sambutan kemerdekaan. Lepas sarapan, kami meneruskan perjalanan. Kemudian singgah di Hutan Rekreasi Sungai Yu yang terletak di kawasan Kuala Lipis. Sunyi aje, hanya beberapa buah kenderaan. Lepas selesai urusan di tandas, lepak sekejap makan cempedak goreng. Sherrina lak take over drive sampai ke Ketereh. Jalan tidak sibuk, sesekali terserempak dengan lori balak dan bas ekspress.

Jam 2pm kami berhenti di Ketereh untuk makan tengahari. Kebanyakkan kedai tutup kerana cuti menyambut kemerdekaan. Singgah di sebuah gerai pekena nasi kukus. Emm…tak kena nasi kukus ni dengan selera kami. Tapi makan juga lah sebab takde pilihan lain dan tersangat lapar. Kemudian ayah Sherrina beli beberapa botol minuman gas keluaran penduduk tempatan. Katanya design botol tu sama seperti botol minuman semasa dia kecil-kecik dulu.

Kami tiba di Kota Bharu hampir lewat petang. Terpegun melihat pembangunan pesat di KB. Hajat di hati nak singgah di Pasar Besar Siti Khadijah tapi ia tutup pada jam 6 petang. Lalu kami terus ke Ansar Garden, dimana kami akan menginap pada malam itu. Kalau tak silap, ianya hotel pertama yang berkonsepkan fully Islamic. Malah siap ada tafsir Al-Quran, kain pelekat dan telekung disediakan di hotel. Walaupun kecil, ia amat bersih dan selesa. Semasa kami di KB, kami dimaklumkan yang kebanyakkan hotel di KB fully booked sempena cuti merdeka.

Selepas mandi dan menunaikan solat, kami keluar untuk makan malam.

Setelah puas merayau di sekitar bandar KB, kami pulang ke hotel untuk tidur. Awal pagi esok perlu bertolak ke Kuala Besut pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *