Training in Melaka – Day 1

Destinasi terakhir sebelum berehat selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan iaitu Melaka. Pada mulanya kami dimaklumkan yang kursus akan dijalankan di JB tapi di saat-saat akhir ia ditukar ke Hotel Naza di Melaka. Oklah tu, dah 10 tahun tak jejak kaki ke Melaka….

Bertolak dari KL jam 2 petang, setelah sesat di Pandan Indah dan Bandar Baru Bangi. Kemudian lepas tol Ayer Keroh, sesat pula nak cari jalan ke hotel Naza….I guess trip kali ni penuh dengan kesesatan….kenapa aku tak terpikir nak beli peta. 2 tahun belajar di MRSM Terendak ternyata tak banyak membantu mencari jalan didalam bandar. Rasanya hampir semuanya berubah. Betul-betul tak cam. Kesesatan semakin kronik membawa kepada tindakan membuat pusingan U secara haram dan kami ditahan oleh polis. Tanpa prejudis, saman dikeluarkan dan hikmahnya, polis membantu menghantar kami ke hotel…

Check-in dan uruskan bab pemasangan komputer sehingga jam 8pm. Setengah jam sebelum sesi taklimat bermula, cuma sempat menukar kasut aje. Terus jalankan sesi taklimat kepada peserta. Selepas sesi berakhir, minum malam dan masuk bilik. Penat tak terhingga. Tapi best sebab biliknya cantik, besar dan selesa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *