Kucing Berlagak Nak Mampus

Ada seekor kucing yang tough dan comel di kawasan rumah Sherrina. Badannya warna hitam dan kakinya putih. Adik Sherrina panggil kucing tu ‘Kucing pakai stokin’, ayah Sherrina panggil kucing tu ‘kucing hitam putih’ dan Sherrina panggil kucing tu ‘Kucing berlagak nak mampus!’

Kucing tu memang berlagak habis. Mentang-mentang area ni dia ‘pegang’, sombong betul. Kucing lain tak berani nak masuk. Samada takut dengan kucing ni atau sebab memang kawasan ni dah takde kucing-kucing yang besar. Semejak arwah Cikgu Rohani meninggal dunia, takde sapa yang rajin nak kasi kucing-kucing liar ni makan. Menyebabkan banyak yang merajuk dan berhijrah ke tempat lain.

Petang tadi masa Sherrina balik, hujan turun rintik-rintik. Nampak ‘Kucing Berlagak Nak Mampus’ ni tengah tidur atas kete ayah Sherrina. Aikk..layan baik nampak. Selalu sombong nak mampus.

Sherrina pun pi kunci pagar dan jalan pelan-pelan, kunun nak pi le usap badan kucing tu. Blom dan datang dekat, kucing tu dah bangun, mengeliat. Turun dari kete, pandang dengan muka poyo walaupun dah naik melecet mulut ni memanggil dia dgn isyarat memanggil kucing dan blah pi rumah sebelah.

Aku dah kata, kucing tu memang Berlagak Nak Mampus!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *