Antara Nasib dan Kata Hati

Sabtu lepas Sherrina keluar dari rumah seawal pagi sebab kene hantar adik yang menduduki exam PTD di Hotel Citrus. Kemudian, amik member yang akan berkursus di Terengganu selama 2 minggu dan kami pergi bersarapan di Restoran Kg Pandan di Jalan Yap Kwan Seng. Tatau nak gi sarapan di mana, nak cari tempat yang berdekatan city centre sebab lepas sarapan nak ke Times Square menonton cerita Simpsons Movie yang best bangat.

Sampai di restoran, parking didalam penuh. Sistem parking disitu pun kurang menyelerakan, nampak susah nak parking dan keluar kemudian. Kelihatan sebuah Toyota Innova terhegeh-hegeh cuba mengeluarkan kenderaannya dari parking yang sempit itu. Lalu Sherrina mengambil keputusan untuk parking di tepi jalan ke dalam sedikit. Dengan idea pagi Sabtu mana ada pihak berkuasa kerja untuk saman-menyaman.

Lepas order air dan menikmati sebungkus nasi lemak, Sherrina menunggu roti canai sampai. Hajat nak cuba roti canai disini, best ke tidak. Tapi tunggu punya tunggu, tak datang. Sah, depa lupa. Hampeh, tak berkualiti punya kedai mamak. Kalau kat Restoran NZ, tak jadi mcm ni punya. Mood nak makan pun dah hilang, kami ke kaunter untuk membayar. Menunggu beberapa minit menanti cashier yang ntah ke mana.

Elok aje lepas membayar, Sherrina dan member berjalan ke arah pagar. Terdengar deruan enjin motorsikal dan kelihatan kelibat dua buah motorsikal penguatkuasa. Alamak….dorang keje awal pulak hari ni!! Sherrina pun apa lagi, berlari le ke arah kereta. Baru lepas makan, dah kene jogging. Ciss. Elok pulak brader tu parking belakang kete Sherrina. Dalam hati menyumpah-nyumpah kerana confident aje dorang tak keje hari ni.

Sambil berlari, otak ligat memikirkan apa alasan nak bagi. Ada 3,4 alasan bermain di kepala dan dalam masa beberapa saat sambil berlari, kene memilih alasan terbaik antara semua alasan.

Sampai di kereta dengan rasa yang penat teramat, Sherrina pun kata “Sori bang. Baru sampai. Tadi parking dalam penuh, baru ada kosong. Ni nak alih kereta ke dalam le ni”

Brader tu mengangguk dan benarkan Sherrina amik kete. Sambil tu dia menulis ‘nota cinta’ untuk kereta tak jauh dari kereta Sherrina. Masuk dalam kereta, kaki ketar nak memijak clutch. Dalam hati “selamat….selamat duit aku…fuhh”

Member sengih aje berdiri di tepi jalan. Berhenti amik member dan pecut meninggalkan lokasi tersebut. Agaknya brader tu bengang tak yang kitorang sebenarnya dah habis makan. Anyway, lepas ni tak gi dah makan kat area situ yang parking mcm hampeh dan makanan macam hampeh.

Moral of the story: Ikut kata instinct, bukan kata perut…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *