Bengkel Cashflow

Ahad lepas bersamaan 15 Julai 2007 aku sempat menghadiri bengkel Cashflow yang dikendalikan oleh Bicarajutawan.com sebuah portal yang membincangkan hal dunia kewangan dan perniagaan, bukan cerita hal skim cepat kayap mahupun kayap seperti yang diberitakan oleh Utusan Meloya tu.

Aku bertolak ke Bangi pada jam 8pagi. Serius aku tatau jalan nak ke Bangi, aku try aje masuk highway Seremban dan exit di Bangi. Kesian Rosyid kene guide aku by telephone and si Iskandar pun. Sampai gak akhirnya. Kali ni player tak ramai, 4 orang aje. Tapi 4 orang pun, berpeluh gak dibuatnya.

Permainan Cashflow ni adalah simulasi pengurusan kewangan. Player akan diberi karier beserta gaji, expenses dan maklumat2 lain. Dari situ kita kene bina financial supaya bleh keluar dari rat race supaya masuk ke track yg lebih besar. Kene beli hartanah lah, pinjam loan, jual tanah, jual beli saham dll….memang mengasyikan le. Jari ligat menekan kalkulator. Game pertama aku mendapat kerjaya pilot dengan gaji RM9ribu dan expenses yang banyak. Jenuh gak tapi aku berjaya menjadi orang pertama keluar dari rat race. Yang best kita blaja buat cashflow sendiri (ishh, kene start buat utk diri sendiri nih) dan memahami bahawa perlu ada passive income melebihi expenses untuk membolehkan hidup dengan selesa tanpa risau kene buang keje dsbnya.

Game kedua aku pilih cikgu dengan gaji RM3ribu. Fuh, masak…sebab dalam game kali ni aku mendapat 3 orang anak dengan expenses anak yg mahal pastu 2 kali kene buang keje. Aku orang ketiga yang berjaya keluar dari rat race. Tapi oklah dari orang tu yg keje doktor dok putar dalam rat race tu…kuikuikui….

Selain dari mendapat ilmu dari game ni, aku juga menjumpai kawan lama sekolah. Punyalah terkejut bila nampak Halim masuk dlm bilik meeting. Dahlah dia dalam senarai budak Terendak yang hilang, tiba-tiba terpacul depan mata. Apalagi, rancak le kami berborak. Lepas game, aku hantar dia ke Ampang Puteri sebab ayah di masuk wad disana.

Bagi sapa-sapa yang nak blaja dan mengenali cashflow serta membaiki ilmu kewangan, jom join bengkel Cashflow. Untuk maklumat, klik sini. Nak tau pasal apa itu Cashflow 101, klik sini.


Halim, Rosyid(bank), Dzul dan Azree


Halim belajar mengisi borang cashflow dengan betul


Dzul dengan karier sebagai doktor yg bergaji besar, belanja pun besar


Halim tersenyum sebab jadi orang pertama keluar dari Rat Race masa game kedua


Azree yg kurang bernasib baik….cuba lagi 😀


Cashflow board game yg memang best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *