Belated birthday

Huhu..14 Julai yg lalu adalah birthday aku yang ke … takde apa yg best pun, mcm hari-hari yang lain cuma aku celebrate ngan member tengok cerita Harry Potter and the Order of Phoenix di MBO Ampang. Seawal pagi kitorang ke sana, tetap kene beratur punyalah panjang. Aku mula cuak gak, sure seat tak best. Tapi nasib kitorang baik dan maybe sebab budak kaunter tgk muka aku ada rupa birthday girl kan, seat mmg best lah. Sebenarnya MBO bukak banyak panggung.

Citer HP spt review kebanyakkan akhbar dan majalah, mengecewakan. Kenapa, aku pun tatau. Tapi aku just enjoy the movie. Besides aku mmg le rasa tak best sebab aku baru je ulangkaji semula buku ni. Tapi aku kesian ngan org2 yg tak baca buku, leh catch up ke ngan movie ni? Asik lompat sana sini aje. Sambil tgk, otak aku flash back kat buku. Eh, bukan Cho Chang yang kasi report, kawan dia lah. Nape watak Tonk ni cun sangat tak mcm digambarkan dalam buku.

Lepas tengok wayang, kitorang pi Maju Junction. Member aku belikan aku t-shirt dan aku cuba mengusha hadiah yang aku nak beli untuk diri sendiri. Ntah kenapa tergerak hati nak masuk dalam kedai Bintang, kedai digital camera. Asalnya saja nak usha model Panasonic Lumix terbaru tapi dah siap duduk, belek-belek kamera dan testing. Aku rasa dah sampai masa aku upgrade kamera aku tapi taknak pakai dSLR sebab bulky dan sure aku tak guna tools2 canggih tu. Dah 4 tahun Lumix FZ3 berjasa pada aku. Dah sampai masa ia berehat (ada sapa2 mau beli ka?) .Kakak yg bantu aku tu baik, kasi aku price bagus gak lah tapi ntah le, tengah berbelah bagi antara FZ7 dan FZ8 ni….

Lepas jalan-jalan, lepak di Restoran Adam pekena ikan siakap 3 rasa….fuhh…sedappp….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *