Bangsar Oh Bangsar

Bangsar bukanlah satu tempat yang aku familiar dan pergi selalu. Pergi setahun sekali pun belum tentu walaupun dalam KL juga kerana tiada saudara-mara mahupun kawan yang tinggal disana. Lagipun, pengalaman pahit sesat di Bangsar beberapa tahun lalu semacam menghantui dan menjadi fobia.

Pagi ni rakan sepermainan sejak kecil, Sabiha mengajak aku pergi berenang di Kompleks Sukan Bangsar. Oleh kerana hari ini memang tiada aktiviti pun (cadangnya nak tgk Expo Scuba Diving di PWTC tapi dah wakilkan pada ayah untuk kumpul brochure) maka Sabiha dan aku pun menuju ke Bangsar pada jam 9.30 pagi. Cuaca cantik.

Parking sangat mudah dan jalan juga tak jem. Agaknya sebab Sabtu pertama, ramai yang cuti. Aku jangkakan pool sure penuh tetapi sangkaanku meleset. Tak sampai 10 orang pun yang berada didalam pool. Hairan….orang Bangsar tak mandi di sini ke? Atau orang Bangsar ada pool di rumah masing-masing?

Bayaran cuma RM1.50 sahaja (pelik, lagi murah dari Selayang?) dan kami ke bilik air untuk menukar pakaian. Bilik air bersih dan luas. Siap ada tempat untuk letak beg didalam shower room. Hebat.

Cuaca cukup cantik. Kami meletakkan beg di atas kerusi ditepi kolam dan masuk ke kolam. Disini adalah antara tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak kurang upaya untuk belajar berenang. Kelihatan seorang remaja India sedang bersiap untuk turun ke pool dari kerusi rodanya. Agak menarik pool disini kerana ada kawasan yang dalamnya agak2 lebih dari 10 kaki kot. Sabiha kata biasa orang datang untuk berlatih scuba diving disini. Aku cuba-cuba juga dive ke dasar tapi gagal, separuh jalan aje. Ternyata ia terlalu dalam dan tekanan terlalu tinggi.

Kami berenang sehingga jam 12 tengahari. Matahari terpacak tinggi. Kami menukar pakaian dan menuju ke Bangsar Village kerana Sabiha ada sesi latihan di Celebrity Fitness. Aku juga diberi 7 hari sesi percubaan (tak bagitau pun dah join gym) dan mengambil peluang mencuba peralatan disini.

Kawasan lebih kecil dari California Fitness tapi yang best sebab tv disini ada yang menayangkan AXN dan Travel. Bestnya! Bilik mandi dan menukar pakaian juga luas. Locker disini juga lebih luas dan suasana agak selesa walaupun sedikit bising.

Selepas sesi gym, kami bersiar-siar di sekitar kompleks ini. Kompleks ini agak lengang dibandingkan dengan Alpha Angle yang confirm penuh sesak pada petang Sabtu. Yang menarik ialah disini terdapat beberapa buah kedai menjual peralatan berkaitan pendidikan kanak-kanak seperti Toys r Us, Gymboree dan Early Learning Centre. Tak jumpa kedai-kedai macam ni di kompleks-kompleks lain. Adakah Bangsar lebih menjadi tumpuan kerana masyarakat disini sangat mementingkan pendidikan berbanding kawasan lain? Leka kami membelek peralatan dan permainan yang ada dijual disini.

Selesai semua operasi, kami pun pulang. Baru suku daripada Bangsar yang aku jelajahi. Agaknya apa lagi yang menarik ada disini?

Masa untuk packing. Esok ke Rompin, Pahang pula untuk sesi IT training.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *