Antara gym dan menahan nafsu makan

Selepas operasi di California Fitness pada hari pertama, memang sakit-sakit habis le segala sendi dan urat. Mau tak nye, ada lah 10 tahun tak buat exercise kaw2 macam tu semenjak tinggalkan UTM. Tapi tak melunturkan semangat. Mana bleh luntur, dah bayo weh…kene gi jugak walaupun rasa mcm nak give up aje.

Hari kedua yakni hari Selasa rasa mcm nak tarik diri aje. Punya malas tahan gaban. Tapi memikirkan health dan yuran, gagahkan juga. Kali ni parking dalam menara Standard Chartered. Sesi kali ni takde personal trainer, main sendiri2 aje. As usual lepas tukar pakaian, start dengan treadmill. Layan treadmill sambil dengar MP3 best gak. Target rendah dulu, 2km….cuma buat fast walk aje. Tak daya lagi nak berlari atas mesin tu. Besides aku risau gak kalau mesin tu rosak….muehehe…

Pastu mundar-mandir di bahagian resistant. Apa nak layan ni? Layan utk bahu dulu lah….mujur ada mamat PT lalu lalang. Tahan dia suh dia ajar guna mesin lain. Best jugak. Ada untuk bahu, utk bicep, tricep, gelek2 untuk perut dan macam2 lagi. Kalau guna mesin2 ni masa takde ramai org best sket sebab takyah berebut dan takde nak segan sangat.

Habis 2 jam, pi mandi….bestnya mandi kat sini sebab bilik shower selesa (tak kecik sgt) dan tak ramai org kalau mandi before 5pm. So tak le segan sangat. Abis operasi, chow. Skip satu hari dan petang tadi pegi balik. Kali ni turun lewat sket, kol 3 baru sampai. Jem yg teramat, parking penuh lak. Tensen, rasa nak balik aje. Tapi pusing lagi, parking bangunan sebelah. Workout dalam 2 jam, cuba macam2 mesin baru, kol 5.30 balik. Baru perasan ada stesen monorel tak jauh dari situ. Lain kali naik monorel lah lagi senang. Jimat duit parking.

Dah syok layan gym (badan pun dah ok, takde sakit2 dah) tang makan pulak haru. Kat KL ni kedai yg makanan berkalori tinggi punyalah bersepah, nak cari makanan yg berkalori rendah punyalah susah. Nasib baik gym ni takde kedai makan dekat sebelah2, ada gak alasan nak balik terus…hihihi…nak layan sayur aje, kembang tekak. Dah le aku tak suka sayur…huhuhu…kene bukak buku resepi le cari makanan yg tak banyak kalori. Kalau tak, sesia le masuk gym keluar gym..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *