California Fitness – First Day

Hari pertama di California Fitness. Antara berkobar-kobar dan hasutan setan supaya mengalah. Ciss…setan punya setan! Kelas tuisyen pagi takde coz student ada hal so bleh le bangun lewat sket dan ambil masa untuk siapkan barang-barang yg nak dibawa. Antaranya seperti baju, seluar trek, mangga utk locker, stokin, botol air dan sebagainya.

Kol 12.30 aku keluar dari rumah, sempat pulak melencong ke Datuk Keramat pekena Nasi Ayam Mach (huhu…ni lah last aku makan nasi ayam, kalori tinggi) dan dengan penuh relax memandu ke arah Lebuh Ampang. Ingat nak cari parking per entry sebab plan nak lepak disana sampai malam. Pusing di belakang Hotel Istana, per entry RM10. Cehhh..mahal tapi takde pilihan sebab tatau nak parking mana (lepas ni tau dah kat mana yg lagi dekat dan murah). Park kete dan jalan kaki dekat je ke bangunan Standard Chartered. Singgah di 7-Eleven beli air isotonik.

Sampai di lobi, aku disapa oleh Nurul. Dia swip kad keahlian dan aku naik atas untuk menukar kad ahli dengan 2 helai tuala. Satu kecik utk workout dan besar untuk mandi. Tukar pakaian dan lepak di level 3 menunggu Alyn, personal training (PT) yg akan memberi aku 1 jam sesi personal training percuma (kalau tak kene RM115 satu sesi).


Kol 2.15 Alyn datang dan bawa aku ke treadmill. Dia ajar camne nak guna mesin dan suh aku layan selama 10 minit. Adoi…dah lama tak berlari, peluh bagai nak rak. Sambil lari sambil layan tv. Macam2 channel ada tapi kan best kalau dorang bukak HBO ke apa yg ada CSI ke. Lagi lama aku lari…muehehehe. Habis lari, aku dibawa menggunakan satu demi satu mesin. Untuk kuatkan kaki, kuatkan peha, bahu, dada dan sebagainya. Adoiii..macam nak tercabut tulang bahu. Dulu zaman UTM relax aje main mende2 ni utk training memanah. Tapi selepas 10 tahun, zero fitness.


Tapi Alyn best, dia sabar dan tekun mengajar aku. Kat sejam le try macam2 alat yg mana dia rekod progress aku ke dalam satu borang. Last skali dia ajar warm down dan kami turun ke bawah berjumpa ketua dia. Namanya Hani, Hani explain pasal pemakanan, apa target, apa yg perlu aku buat dll. Dia syorkan aku ambil 12 sesi PT hehe tapi tak mampu lah den….nanti dah kaya bleh hire PT sendiri. Huhu…..

Abis sembang2 ngan dorang aku rehat sat dan naik treadmill semula. Best pulak layan mesin lari-lari ni. Kol 4 aku stop dan naik utk mandi. Leganya mandi selepas berpeluh-peluh. Orang pulak takde, bleh le buat macam rumah sendiri.

Pastu nak drive balik umah dah terbayang-bayang bantal dan tilam. Sakit bahu, sakit sendi….toksah cakap le. 10 tahun tak buat serious fitness training, segala urat besi tulan dawai pun dah season….. Esok pegi lagi waktu tengahari…yippee!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *