Movie Review: Fantastic Four Rise Of The Silver Surfer

Sherrina sebenarnya terjebak menonton cerita Fantastic Four masa menyelongkar VCD kat kedai sewa EzyVideo di Taman Melawati. Tatau nak tengok cerita apa, ternampak VCD filem ini dan pinjam. Tak sangka seronok juga. Ala-ala X-Men cuma yang ini banyak adegan yang lawak diselitkan bersama disamping aksi.

Tahun ini sequel terbaru Fantastic Four iaitu Fantastic Four and the Silver Surfer pula muncul di pawagam. Ada watak baru iaitu Silver Surfer. Petang tadi sempat layan cerita ni dengan member, Mas di KLCC. Mujur booking tiket, itu pun dapat seat 3 row dari skrin. Oklah.

Cerita ni mula dengan scene Dr Richard ngan Susan yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka apabila dunia dilanda petaka oleh sejenis entiti apantah yang cuba nak menelan bumi dengan bantuan Silver Surfer. Well, tugas mereka sebagai super hero memanggil mereka walaupun dah berada di altar menunggu lafaz perkahwinan aje (job comes first, family comes later) dan bermula lah adegan-adegan pertempuran dan macam-macam lagi yang dihasilkan dengan teknik CGI yang hebat. Lebih best kerana diselitkan dengan lawak-lawak oleh Johnny si Torch dan Ben The Thing (orang batu). As usual, hero lah menang kan. Rasanya kalau tengok cerita macam ni bleh agak lah ending nye apa cuma bagaimana ending itu dihasilkan membuatkan kita terus melekat di kerusi untuk terus menonton.

Citer ni kalau diberi bintang, 6/10 lah. Nak kata best tahap gaban tu tak lah tapi very entertaining dan sesuai untuk release tension sambil gelak-gelak dan menikmati visual CGI yang menarik serta sound effect yang best. Gelak pun ye, sedih pun ye…..ada juga time menguap. Tapi ia masih berbaloi untuk ditonton.

Lakonan Jessica Alba dalam filem ini oklah walaupun warna rambut dia agak pelik dan macam fake tapi oklah. Watak Dr Richard yang dilakonkan oleh Ioan Gruffudd best. Dan Victor Von Doom hidup balik? Err….Victor ni mati ke dalam siri yang lepas? serius lupa.

Anyway, overall cerita ni best dan sesuai ditonton bersama keluarga. Klasifikasi U.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *