Training in Papar, Sabah-Day 2

Cuaca terang. Disini matahari terbit lebih awal. Terpisat-pisat gak mata apabila sinar mentari masuk dari celah langsir. Bila dilihat pada jam, baru pukul 6 pagi.

Kelas dibahagikan kepada 5. Kelas ICT dijalankan di bangunan utama iaitu di Cruise manakala kelas Access dicampak jauh ke gelanggang badminton di blok hujung. Kesian gak trainer2 Access terpaksa menapak jauh untuk ke kelas. Kali ni kelas Sherrina di tingkat atas iaitu bilik karaoke yang disusun semula menjadi kelas. Ini kerana resort ini hanya mempunyai sebuah bilik seminar. Masak juga dibuatnya.Yang lucu dalam kelas ada bar pulak tu! Paling kesian kelas Rafyiq kerana ia terletak di bangunan kayu yang panas macam sauna.


Susunan komputer di kelas Sherrina yang bercampur aduk brand nya. Jenuh bergasak dengan syarikat pembekal komputer kerana mereka pasang lambat dan banyak komputer yang tidak berfungsi sepenuhnya. Technician pulak hilang ntah kemana…geramnya!


Dalam kelas ada bar….kelasss!

Kelas berjalan seperti yang dijadualkan. Agar terkejar juga kerana kene cover 3 subjek dalam masa 2 hari setengah. Mujur peserta memberikan komitmen yang tinggi dan rata-rata berpengalaman menggunakan komputer.

Kelas berakhir pada lewat petang. Akibar terlalu penat terlena sekejap di bilik sementara menunggu dinner. Aktiviti malam tiada yang menarik. Kami merayau di pantai dan kawasan sekitar sebelum balik semula ke apartment masing-masing. Bancuh teh o strawbery sambil menonton CSI sementara menunggu mata mengantuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *