ActivemindKids Best!

Wow! Tak sangka kem ActivemindKids kali ini mendapat sambutan yang hangat. Seramai 24 orang menghadiri kem satu hari ini dengan tema ‘Transport Engineer’

Seawal 8.30 pagi peserta mula berkumpul di Anjung Rahmat, Gombak. Ada yang ceria, ada yang monyok kerana dipaksa bangun pagi. Selepas sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan, sarapan diberikan. Wajah peserta bertambah seri kerana tenaga telah bertambah dan masing-masing telah berkenalan antara satu sama lain. Ada yang datang dari Ampang, Gombak, Shah Alam, Bukit Beruntung dan lain-lain tempat.

Sesi pagi adalah sesi English dimana pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Amazing Race Puzzle, Weird and Wonderful Transport dan banyak lagi. Peserta didedahkan mengenai dunia kenderaan serta melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan termasuk menghasilkan kenderaan futuristik impian mereka sendiri. Masing-masing bersungguh-sungguh menghasilkan design dengan sehebat mungkin. Tak sangka ramai yang berbakat dalam bidang melukis.

Satu jam sebelum waktu makan tengahari, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan projek Sains iaitu membina roket menggunakan kertas dan straw. Masing-masing cukup seronok dan berusaha menceriakan roket dengan pelbagai hiasan seperti kertas warna dan pen magic.

Align Center

Makan tengahari dihidangkan pada jam 12.30 tengahari. Nasi Goreng Ayam, buah tembikai, timun dan air sirap hampir licin. Ada yang bertambah sehingga 6 kali! Selepas solat Zohor, peserta memulakan tugasan membina kereta menggunakan bahan-bahan terpakai.

Pada jam 3.30 petang sesi percubaan menerbangkan roket diadakan dimana setiap peserta mengambil bahagian mengikut kumpulan. Jarak diukur dan dicatat didalam buku. Ada yang berjaya menerbangkan roket sehingga sejauh 11 meter!

Minum petang disediakan pada jam 4.20 petang dan majlis disudahi dengan sesi penyampaian hadiah bagi semua peserta. Masing-masing bertukar nombor telefon dan berjanji untuk berjumpa lagi di kem akan datang pada bulan Ogos nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *