Training in Kuching

My second visit to Kuching in less than 6 months time. I didn’t capture much photo this time because there are not much changes in just few months (kecuali patung2 kucing yg berbogel kerana tiada perayaan untuk membolehkan kucing2 itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik)

Bertolak ke Kuching pada hari Ahad pagi. Damn bertolak lambat lagi. Terlepas peluang nak bersantai sarapan di Coffee Bean yg menawarkan free coffee sehingga 11 pagi. Terpaksa makan di MacD aje. Kali ni pergi berlima. 2 trainer dan 3 wakil syarikat. Kali ni nama kami tidak dipanggil lagi….yippee…awal lah pulak. Ramai giler org nak ke Kuching, maklumlah cuti sekolah.

Hotel mana lagi kalau bukan Penview Inn. Kali ni dapat bilik yang cantik sikit di tingkat 3.

Lepas check-in, cepat-cepat letak barang dan tahan van sapu menuju ke Waterfront. Lapar giler, singgah makan di food court di bangunan apantah…Saujana ke apa, lupa dah namanya. Lepas tu jalan-jalan dan mencari barang untuk dibawa pulang kerana hari ni ajelah free nak berjalan di Waterfront.


Malam macam biasalah sesi taklimat. Lepas taklimat pekena kopi dan tido…penat giler.

Kelas berjalan seperti biasa. Student Sarawak terkenal dengan kerajinan mereka yang tak jumpa di zon-zon yang lain. Bukan aje concentrate dalam kelas, bertanya dan memberi idea malah meminta supaya kelas dimulakan awal ke jam 8 pagi (sepatutnya mula 8.30) dan waktu rehat mereka terpaksa ‘dihalau’ supaya turun minum kerana asyik menyiapkan tugas. Gilalah…tabik spring kat mereka ni. Kesungguhan mereka takleh nak celen lah. Ini mungkin kerana tidak banyak peluang dipanggil berkursus menyebabkan mereka memberikan komitmen yang tinggi.

Malam sempat jugak lari ke town semata-mata nak cari Mee Kolok kat Satok. Sedappp…


Sesi penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar.


Aktiviti karaoke pun ada di malam terakhir


Sesi penyampaian sijil kepada peserta

Flight balik ke KL pada jam 5.30pm, kursus tamat pada waktu tengahari. Kami berkemas dan check out selepas lunch. Sewa satu van yang membawa kami ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah untuk memborong kek lapis. Kemudian ke Pasar Satok untuk memborong ikan terubuk masin (yippee….kali ni ada musim telur ikan terubuk lah) dan akhir sekali ke Waterfront semula sebab ada yang nak cari lagi souvenier sebelum terus ke airport untuk pulang ke KL. As usual flight delay lah selama satu jam….


Yay…balik dapat naik Airbus. First time dapat dok tepi tingkap.


Bye bye Kuching, lain kali datang lagi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *