Training in JB – Day 4

Pejam celik pejam celik dah masuk hari keempat, hari terakhir. Hari ni cuma bagi peserta ujian untuk melihat kecekapan dan pemahaman mereka. Alhamdulillah, 80% memang dah boleh buat dan selebihnya cuma perlukan lebih banyak latihan untuk pemahaman.

Majlis penutup dijalankan di dewan besar. Setelah ucapan oleh wakil kementerian, wakil peserta dan wakil tenaga pengajar…..sesi penyampaian sijil.

Kami turut menerima cenderahati daripada peserta. Terima kasih daun keladi. Beso bebeno, takleh nak bawak balik KL sebab kami balik naik bas. Terpaksa tumpang kete orang. Harap dapat lagi peluang mengajar di selatan lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *