Training in JB – Day 3

Masuk hari ketiga. Hari yang agak sengsara. Bilik seminar asik blackout di sebelah petang. Mujur sebelah pagi tiada masalah sangat kerana sebelah pagi tu kami cover topik yang penting iaitu Relationship, Query dan Import/Export. Disebelah petang topik Report yang agak sama dengan Form. Masing-masing pun dah naik hangin dengan management hotel kerana masalah bekalan elektrik ni tak selesai-selesai. Yang bengangnya management tak tunjuk muka pun apatah lagi meminta maaf. Technician asik hilang dan tak datang-datang walaupun berkali-kali mereka dipanggil. Mujur cuma 40 komputer. Kalau kursus Asas ICT yang memerlukan 75 komputer, masak le mereka.


Sempat lagi sengih time kelas.

Di sebelah malamnya kami berlima meminjam kereta Faizal (thanks Faizal kerana sudi pi dating ngan motor instead of kete….hehe) dan menuju ke Stulang Laut iaitu kawasan bebas cukai. Disini ada pelbagai jenis kedai dan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli. Kesian Wan, jeling2 aje tengok karton rokok…fulus tadak ek..hehehe.


Deretan coklat import yang mahal2 harganya. Cuma beli sekotak coklat yang dijual dengan harga RM9 instead of RM14. Tu pun sebab nak expired bulan 6.


Lepak di gerai makan kat area mana ntah yang terletak sepelaung dari pulau Singapura. Bleh nampak kelip-kelip bot marin Singapura membuat rondaan. Kawasan ni terkenal dengan makanan laut.


Lepas minum, layan karaoke pulak. Amboi bang, nganga besar mcm nak telan mic nampak…kuikuikui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *