Training in JB – Day 1

Training di JB melengkapkan pusingan kami mengelilingi Malaysia. Tidak melawat ke semua negeri tetapi kami menjejakkan kaki ke semua zon. Kali ini Zon Selatan menerima kunjungan kami. Tugasan kali ini ialah memberikan training bagi subjek database menggunakan Microsoft Access kepada kakitangan sekolah dari kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sherrina, Is dan Faizal bertolak menaiki kereta ke JB. Ini akan menjadi lawatan kedua ke JB setelah datang ke sini pada 2001 utk graduasi di UTM. Kami bertolak dalam jam 10.30 pagi dan tiba di Hotel Good Hope di Skudai pada jam 1 petang. Setelah selesai urusan check-in, masuk ke bilik masing-masing untuk mengemas barang. Erkk….keadaan hotelnya usang lah pulak. Dinding terkopek, bau karpet yang hapak dan tv yang asik bermasalah. At least disini ada gak remote tv dan peti ais tak seperti di Pulau Pangkor yang lepas.


Semua lampu malap. Bosan seh.

Yuckk…tak selera nak mandi tapi takkan dok sini 4 hari tak mandi. Terpaksa jugak 🙁

Setelah mengemas barang, turun untuk melihat training room yang akan kami guna dan melihat bilik taklimat. Tiada aktiviti di sebelah petang, Sherrina dan Is berjalan ke sekitar kawasan hotel. Kedai kebanyakkannya tutup kerana hari Ahad. Hanya ada sebuah bank iaitu bank RHB dan sebuah kedai mamak. Bummer…bosan gilosh tempat ni. Duduk di kedai mamak sambil pekena mee goreng dan teh ais sementara menunggu hujan teduh.


Mai secawan!

Berehat dan mandi sementara menunggu makan malam dan taklimat pada jam 8.30pm.


Pemandangan dari tingkat 11

Sesi taklimat berjalan dengan lancar. Ternyata peserta mudah mesra antara satu sama lain. Walaupun keadaan hotel kurang best tetapi makanannya not bad. Sesi taklimat dijalankan oleh Iskandar. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, perlantikkan penghulu kumpulan dijalankan dan diakhiri dengan minum malam berupa kopi/teh dan sandwich.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *