Lembaga Akreditasi Negara

Khamis lepas tiba-tiba mendapat panggilan daripada Puan Haslina, lecturer di Unitar meminta Sherrina datang ke Unitar untuk berbincang sesuatu. Cuak jugak sebab rasanya semua subjek dah settle cuma yuran aje yg masih belum dilunaskan. Itupun tak banyak sangat pun.

Bila ditanya rupanya untuk sesi temuduga Lembaga Akreditasi Negara bagi kursus Sherrina iaitu Bachelor of Information System. Rupanya pengiktirafan LAN perlu renew setiap 5 tahun.

Sherrina bergegas ke Kelana Jaya pada jam 1 dan berkumpul di fakulti pada jam 2. Terjumpa En. Ridha di dalam lif, terus beliau bawa Sherrina ke bilik seminar dimana sesi temuduga diadakan. Pada hari tersebut dikhususkan untuk kursus BIS sahaja. Dalam 20 orang agaknya yang dipanggil untuk membantu pihak LAN menyelidik perjalanan pengajian bagi kursus kami ni. Yang best nya dapat jumpa kawan2 lama iaitu Roziana yg tengah praktikal dan Linda yang juga tengah praktikal. Sembang sakan le sebelum menunggu untuk dipanggil masuk.

Sejam kemudian kami bertiga dipanggil masuk, kumpulan terakhir bagi sesi BIS. Kami ditemuramah oleh pegawai2 LAN yang datangnya dari UUM, UIA dan USM kalau tak silap. Mereka tanya le latarbelakang sebelum masuk ke Unitar, kenapa pilih Unitar dan bagaimana pembelajaran universiti maya di Unitar. Sebelum ni kami banyak le merungut2 pasal kekurangan di Unitar dan rasa menyampah dah blaja kat sini tapi bila bercerita dengan pegawai2 tersebut baru rasa bertuahnya belajar di Unitar dan betapa banyaknya kemudahan yang ada yang tak pernah diperolehi di universiti sebelum ini. Sedih lah pulak nak tinggalkan Unitar dan lecturer2 yang ngam ngan kami.

Di akhir interview, pegawai2 tu kata kami le kumpulan yang paling ceria dan happening. Siap demo dengan details penggunaan VOISS dan aplikasi2 yang disediakan oleh Unitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *