Training in Pulau Pangkor – Day 4

Tamat sudah hari kursus. Sebelum tamat, peserta diberikan tugasan terakhir untuk menguji kefahaman mereka. Alhamdulillah semua dapat melakukannya dengan baik. Terima kasih juga kepada 4 sekawan yang sudi menghadiahkan replika kapal sebagai cenderamata.

Kali ni kursus tamat agak cepat kerana masing-masing nak bergegas mengejar bas pulang ke destinasi masing-masing. Kami bertolak ke Lumut pada jam 12.30pm dan pusing2 shopping kali terakhir di Lumut sebelum bertolak balik ke KL pada jam 2 petang. Singgah sebentar di gerai buah-buahan memborong mangga yang sedang bermusim di Perak. Sampai di KL pada jam 7 malam. Penat dan letih tetapi sangat gembira 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *