Training in Pulau Pangkor – Day 3

Sekejap aje dah masuk hari ketiga. Hari terakhir kelas sebelum sesi kerja kumpulan pada keesokan harinya. Hari ni student didedahkan kepada Microsoft PowerPoint, subjek yang paling menyeronokkan. Mereka juga diberi tugasan berkumpulan dan perlu present pada sebelah malamnya.

Tengahari Jumaat break agak panjang maka ambil kesempatan menaiki teksi ke kilang memproses makanan berasaskan haiwan laut (seafood) seperti sotong kering, ikan bilik dan banyak lagi.


Menaiki teksi pink ke kawasan Sungai Pinang Kecil dimana pusat perusahaan itu terletak.


Macam-macam ada (cuma rega mahal sket lah maklumlah hasil tangkapan laut tempatan takleh le compare ngan sotong kering dari Kemboja yang bersepah di pasar malam KL tu)


Macam-macam saiz pada harga yang berbeza.


Jenuh nak memilih


Lepas shopping, balik semula ke hotel untuk rehat kejap dan sambung semula kelas. Cuaca petang sangat cantik. Aku dah Kak Sharifah apalagi terjun swimming pool lah (kebetulan pulak kitorang berdua suka swimming). Bestnya sebab kitorang berdua aje conquer sampai kol 6pm baru ada orang lain join. Sempat lah jugak turun gelongsor tu 4,5 round…yipeeee!!!!


hotel ni takle best sangat (kitorang yg dok Mezzanine floor takleh nak tido lena sebab bunyi bising dari disko dibawah…hampeh sungguh!) tapi at least pool dijaga dan dibersihkan setiap hari.


Acara yang ditunggu-tunggu iaitu presentation dari setiap kumpulan. Memang pecah perut le gelak sebab masing-masing terer melawak. Time kumpulan present mengenai negeri Kelantan keluar lah ‘kecek kelate’ walhal masing-masing pure Utara. They were very sporting 🙂


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *