Main Layang-Layang

Ahad yang mandom. Cuaca panas. Decide nak pegi Sunway Pyramid sebab dah setahun kut tak ke sana. Nak usha PSP sebab ntah tiba2 rasa gila nak main handheld. Boring lah asik main game kat laptop dan handphone. Perlukan handheld utk mengisi masa lapang ketika outstation.

Perghh…dah lama giler tak pi Sunway Pyramid. Bukan sahaj sudah lupa jalan, malah sudah lupa kedudukan kedai. Tengah banyak construction sebab dorang upgrade mall tu. Parking bertambah banyak. Kedai makan Chicken Hartz pun dah bertukar ke lokasi lain. Arcade dah takde (sob..sob…), archery pun takde dah. Kedai2 IT semua dah pindah tingkat atas. Usha2 ada 2 kedai yg jual PSP. Rega boleh tahan le tapi blom decide nak beli lagi. Masih usha-usha dulu sebab ada kedai yg tipu jual PSP recond (cis!).

Lepas makan dan jalan-jalan, gi ke kawasan Kepong iaitu di Taman Metropolitan Kepong. Kalau memandu di MRR2 dari Batu Caves menuju Sungai Buluh/Damansara mesti nampak kawasan rekreasi di sebelah kiri. Petang-petang ramai orang main layang-layang disini. Dulu sherrina slalu gak layan main layang-layang kat padang di Danau Kota tapi la ni padang tu dah diambilalih untuk pembinaan Platinum Victory condo.

Kat sini banyak sangat dijual pelbagai jenis layang-layang. Rasanya paling murah RM5 kot yang kecik sangat untuk budak-budak. Paling mahal tak pasti tapi sherrina beli layang-layang lebah harga RM15 sekali dengan benang. Beli ngan brader melayu yg jual kat belakang gerai air. Masa kitorang sampai dalam kol 5 cuaca masih panas tapi ramai dah yang main kat tengah padang. Tunggu redup dalam kol 5.30 baru gi padang.

Macam-macam jenis layang-layang ada. Yang simple, yang berekor, yang berlubang di tengah. Bentuk ikan, bentuk ayam, batman, spiderman, superman. Yang best tengok ada yang menerbangkan layang-layang bentuk eagle. Fuhh bila naik tinggi kembang kepak dia…bangga. Ada juga bentul burung hantu, lebah dan banyak lagi.

Walaupun angin kencang tetapi terik matahari masih tetap membahang. Tak mematahkan semangat orang ramai untuk berusaha menerbangkan layang-layang. Rasa-rasa tak kurang 50 layang-layang terbang di padang itu sahaja. Advantage kawasan ini ialah kerana padang luas tiada tiang elektrik atau tiang telefon yang menghalang.

Masing-masing menunjukkan kehandalan. Mengawal layang-layang alaf baru ni mudah, bukan macam yang kita buat sendiri masa kecik-kecik dulu. Lepas dan main tarik tali kejap je dah tinggi. Ada yang berani lepaskan tinggi giler tapi sherrina lepaskan sikit-sikit aje sebab risiko tali terbelit dengan tali orang lain agak tinggi memandangkan jumlah pemain yang agak ramai di kawasan yang agak kecil.

memang agak ‘ghalit’ atau khayal bermain layang-layang ni. Masa tu tak kisah dah panas ka tak panas. Yang tau layang-layang mesti naik tinggi.

ada yang lepaskan layang-layang terlalu tinggi dan apabila ia jatuh, jenuh nak gulung tali. Silap-silap terlepas ke kawasan pembuangan sampah di sebelah sana.

Bila dah penat main, suh co-pilot lak ambil alih.


Ada yang pemain layang-layang profesional juga disini. Dorang nye layang-layang pakai dua controller. Tali punya lah banyak. Bila angin tarik, jenuh nak tahan kaki di tanah…sampai terlompat-lompat.

Selepas penat bermain, pekena nasi ayam yang terkenal di Gombak iaitu nasi ayam Mencongkam. Hmm….dah kureng sket le. Tak sesedap dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *