Servis Kereta

Antara perkara yang aku selalu lupa nak buat selain renew lesen kereta ialah hantar kereta untuk servis. Biasanya kereta kene servis setiap 5000km tapi tak penah lagi aku ikut petua yang diberi. Sure exceed sampai 6000 dan sekarang mentang-mentang dah guna Shell Semi Synthetic (pakcik sherrina yg ajar pakai minyak ni leh tahan servis sampai 20,000) lenjan sampai 10,000 pun so far so good. Dulu pakai minyak Caltex confirm 5000 aje kene tukar.

As usual hari ni ada masa sket, ada duit lebih sket pi lah beli Shell Helix Plus. Ingat nak amik yg botol kuning, murah sket tapi tu bukan semi sintetik…so capai le botol biru (that reminds me sure aku dah kene kelentong dek kedai yg dekat Wangsa Maju tu sebab dulu botol kuning tapi dia kata semi sintetik…cisss). Rega RM87, dapat le point Bonuslink dan tuala Shell percuma..heh.

Pastu terus drive ke bengkel feveret aku since zaman family kitorang pakai Honda Accord lagi. Nama mamat ni Ah Heng. Dulu dia nye bengkel kat Esso AU5 tapi 4 tahun lepas dia pindah ke rumah kedai di Sri Rampai. Pelanggan dia dari Lembah Keramat masih hantar kete ke kedai dia walaupun dah jauh sikit.

Ayah aku selalu suh aku pi hantar kat bengkel melayu kat Petronas AU5. Kunun nak sokong perniagaan melayu. Bukan aku taknak sokong bisnes melayu tapi kalau dah aku pi hantar kete suh tengokkan air-cond kene tunggu setengah jam sebab mekanik keluar pastu dia belek-belek dia suh aku pi hantar balik bengkel asal (which was right besides them), aku pun hangin lah dan bila Ah Heng belek2…kene RM2 aje sebab tukar fius.

Pastu aku pi lagi kedai melayu tu nak beli bateri. Rega RM150 cap ayam, selang 3 minggu kete takleh start kat Danau Kota. Mujur ada pakcik ni bawak jumper dlm kete. Kalau tak, meraung gak tepi jalan dalam gelap tu dengan bateri henpon yg kong. Lepas tu aku tamau dah pi bengkel lain sebab takut jadi macam-macam problem.

Tadi tunggu satu jam mekanik Ah Heng check satu kete. Lampu, minyak brek dan semualah untuk pastikan kete aku benar-benar sihat. Pastu time bayar kene RM103, biasaklah aku mintak diskaun waive RM 3. Tapi pueh hati le sebab aku yakin dorang buat keje ngan elok siap remind aku nanti check timing belt (ni pun aku slalu lupa). Dulu kete Honda lama tu pun dorang modified tahan pakai dari zaman ayah aku keje sampai le aku keje……so far aku rasa tak penah kene tipu lagi le tak macam bengkel Wangsa Maju yg charge aku sampai 7 ratus lebih, bengkel kat Ulu Klang, kat Setapak tu semua…bengkel2 ni ntah berapa kerat yg telus dan jujur…..banyak yang menipu gamaknya….Dewa Kekayaan marah tau tipu-tipu customer!!!

3 Comments

  • Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *