Book Review: The Princess Diaries

Buku terkini yang berada didalam koleksi e-book sherrina yang sherrina baca di handphone menggunakan perisian Mobipocket adalah hasil tulisan Meg Cabot, seorang penulis wanita yang terkenal dengan siri Princess Diaries. Siri pertama yang bertajuk The Princess Diaries menjadi terkenal dan malah telah diadaptasi ke filem yang dilakonkan oleh Anne Hathaway dan Julie Andrew.

Bagi yang telah menonton cerita ini tentu masih ingat jalan ceritanya mengenai seorang remaja perempuan yang menjalani kehidupan yang biasa tiba-tiba diberitahu bahawa beliau akan menjadi seorang puteri dan bakal memerintah sebuah negeri di Eropah yang bernama Genovia. Filem tersebut telah digarap dengan baik tetapi seperti biasa buku mempunyai details dan bahagian-bahagian yang tak dapat disumbat ke dalam sebuah filem. Memang menyeronokkan, lucu dan tak jemu membaca buku ini.

Bagi yang menggemari novel chic lit pasti akan menyukai buku ini. Kalau ikutkan dah jemu membaca genre chic lit ni sebab asik citer pasal shopping, fesyen, dan lain-lain tapi ternyata Princess Diaries lain dari yang lain kerana ia berkisar kehidupan remaja yang penuh warna-warni.

Sekarang sedang membaca siri kedua Princess Diaries iaitu Princess In The Spotlight.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *