Jangan Pandang Belakang

Akhirnya aku terpaksa mengorbankan prinsip untuk tidak menonton cerita seram/hantu. Ini kerana selain faktor aku memang seorang yg amat penakut dan kene lak lately slalu kene pi outstation, aku tidak paham kenapa ada orang yg menonton cerita untuk menakutkan diri sendiri. Hantu pun aku ingat tak tengok cerita hantu lah…

Anyway, kerana kawan baik aku kempunan dan ngidam sangat2 nak tgk citer ni, terpaksa juga ku turutkan. Orang tak ramai sgt di TGV KLCC maklumlah hari Isnin. Awal2 aje aku tgk pastu selebihnya aku pejamkan mata sambil mendengar orang sekeliling menjerit. Bagusnya filem ni ialah aku dapat predict almost 100% time mana hantu nak keluar. Cuma miss sikit aje time last skali masa penutup.

Anyway aku rasa cerita ni memang seram dan best kot berdasarkan tahap jeritan orang disekeliling aku. Dan aku harap jangan lagi lepas ni aku kene tengok citer hantu. Aku lebih rela layan Mr Bean daripada menakutkan diri sendiri…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *