Trip to Kuantan – Day 4

Leganya….hari terakhir. Lega sesangat sebab tak best dok di Duta Village ni. Mereka tak bersedia dan tak profesional dalam mengendalikan keperluan untuk kursus. Mereka patut belajar dengan hotel di KK dan Kuching yang jauh lebih baik dari segi perkhidmatan walaupun kemudahan hotel biasa sahaja.

Semua modul telah dihabiskan dengan jayanya (malah siap leh add-on sedikit intermediate level) dan hari ke-4 adalah untuk kerja berkumpulan yang menggabungkan kesemua modul. Selesai jam 10.30 pagi dan peserta minum pagi sebelum berkumpul di dewan untuk acara penutup.

Keadaan agak kelam-kabut kerana pekerja resort tidak mengemas bilik seminar dan menyediakan kerusi yang mencukupi. Ketiadaan urusetia sepanjang program memang benar-benar mencabar kami. Selepas ucapan wakil kelas, penyampaian cenderahati kepada penceramah serta penyampaian sijil yang terpaksa dilakukan dengan ekspress kerana masa terlalu suntuk dan ada peserta yang perlu check-out on time untuk kejar bas pulang ke destinasi masing-masing. Ada yang akan meneruskan perjalanan ke negeri lain untuk kursus lain pula. Tapi sempat juga bergambar kenangan (gambar tak rasmi sebab takde sapa nak organize sesi fotografi).

Walaupun kelam kabut dan bermacam masalah, pengalaman manis mengendalikan kursus di Kuantan akan terpahat di ingatan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *