Trip to Kuantan – Day 3

Kelas berjalan seperti biasa. Hari terakhir untuk kelas penuh. Kali ini lebih lucu kerana berpeluang melihat peserta kursus menyampaikan presentation di hadapan. Oh ya, peserta-peserta ini datang dari Pahang, Kelantan dan Terengganu. Jadi paham-paham ajelah loghat negeri yang bercampur-aduk didalam kelas. Ada yang cukup makan, ada yang tak cukup make dan ada yang terlebih makang…..kuikuikui…



Ada yang menyampaikan presentation dalam bahasa baku, ada yang menggunakan loghat kelantan dan juga tak kalah oleh loghat pahang dan terengganu. Huhuhu….jenuh juga nak memahami, kene pulak ayat-ayat yang pekat.

Ada satu waktu dimana seorang peserta bertanya samada dia boleh tubik atau tidak dan aku terpinga-pinga kerana tidak menangkap makna tubik. Rupanya tubik bermaksud keluar……lol. Itu belum lagi kene dengan gu, saing, kawang, sekoloh dan macam-macam lagi….


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *