Catch Me If You Can

Tak kiralah berapa kali aku tonton VCD citer ini, berapa kali membaca e-book cerita ini…ia tak pernah jemu. Walaupun sebenarnya dah lekat jalan ceritanya di dalam otak, tapi somehow kebijaksanaan Frank Abagnale Jr didalam filem ini sangat mengujakan. Apatah lagi ianya merupakan kisah yang benar-benar pernah berlaku, ianya sebuah cerita yang bijak dan tidak menjemukan.

Thanks to Mobipocket, aku kini boleh membaca e-book didalam handphone Nokia E70 ni. Sedikit sebanyak budget utk buku bolehlah disalurkan ke tabung percutian pula dan sememangnya membawa buku kemana sahaja especially ke bank atau jabatan kerajaan yang mengambil masa yang lama untuk berurusan, ebook menyenangkan hidup aku. Kini segalanya duduk dalam henpon sahaja. Bukan sahaja membaca, malah penuh dengan games seperti Lemonade Tycoon, Who Wants To Be Millionnaire, Scrabble, Monopoly malah The Sims 2 pun ada.

Habis sahaja bacaan Catch Me If You can, karya Roald Dahl iaitu Charlie and The Elevator Glass. Sepertimana The Chocolate Factory, karya ini juga tak kurang hebatnya dan menggelikan hati. Sesuai sangatlah membaca karya humor selepas pulun buku yg fast pace seperti Catch Me If You Can.

p/s: nak tau apa yang terjadi kepada Frank W. Abagnale Jr yang bijak tu ? Kini dia telah menjadi seorang konsultan. Hebat kan? Klik sini utk info beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *