Lawatan Ke Karangkraf

Hari ni aku berpeluang mengikuti pelajar-pelajar kelas Penulisan Popular, subjek ko-kurikulum yang ditawarkan di Unitar melawat kilang percetakkan Karangkraf. Bertolak dari Unitar jam 9.15 pagi dan tiba di Karangkraf yang terletak di kawasan perindustian Shah Alam.

Kami disambut oleh En Hashim Anang, pegawai perhubungan awam dan memberikan taklimat serta serba ringkas mengenai Karangkraf. Karangkraf adalah satu-satunya kilang milik tempatan yang terletak di kawasan ‘pulau perindustrian’ Shah Alam yang mahal harganya. 28 tahun mengharungi dunia penerbitan, Karangkraf telah menghasilkan 28 jenis percetakkan dan merupakan syarikat percetakkan yang mempunyai produk terbanyak di Malaysia.


Karangkraf mementingkan suasana kerja yang selesa dan menjaga kebajikan pekerjanya. Seronok juga melihat kakitangan Karangkraf diberi kelonggaran dalam memilih pakaian kerja serta menghias meja kerja mereka mengikut kreativiti masing-masing.


Richie Rachman, ‘orang kuat’ di Karangkraf mengendalikan majalah Arena Bola Sepak


Foto digital akan di ‘touch-up’ sebelum dihantar untuk cetakkan.


wah Brader Richie siap sign autograf lagi…


Unit yang tak kurang pentingnya. Disini udaranya dipenuhi bau ink kerana disinilah tempat dimana warna-warna percetakkan akan ditentukan.


Suasana didalam gudang percetakkan.


Bagi setiap percetakkan, seribu cetakkan pertama biasanya akan dilupuskan/reject kerana tidak perfect. Ink kembang, senget, bertindan dan sebagainya. Apabila cetakan yang perfect tiba, baru mereka akan collect untuk jualan.


Cetakan menunggu untuk dijilid.


Wartawan Karangkraf menemubual atlit Paralimpik yang turut melawat Karangkraf

Terima kasih kepada Karangkraf kerana sudi menerima kehadiran kami. Terima kasih diatas buah tangan, seplastik penuh majalah-majalah keluaran Karangkraf πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *