Trip to Kota Kinabalu – Day 4

Hari terakhir, peserta diberi tugasan berkumpulan. Puas hati juga kerana target telah dicapai. Setelah habis tugasa, peserta berkumpul di dewan untuk majlis penutup. Ketua setiap kumpulan memberi ucapan dan menceritakan pengalaman manis dan lucu sepanjang kursus. Antaranya ialah mandi pakai gelas, mandi pakai bekas tong sampah, berendam lama-lama dalam bath tub. Ini semua gara-gara tak jumpa cara nak hidupkan shower. Istilah ‘tin tumpah’ iaitu istilah cat tumpah yang aku gunakan untuk mengambarkan ikon Fill Color pada program-program Microsof turut menjadi bahan jenaka.

Setelah upacara penyampaian sijil, kami dijemput menerima ole-ole sumbangan peserta. Terharu sungguh kerana aku mendapat satu paperback penuh dengan pelbagai barang seperti barang kraftangan, keychain, udang kering dua plastik besar, brooch dan makanan ringan tempatan. Terima kasih tidak terhingga.

Selepas berkemas, kami ke pasar untuk membeli udang basah. Yang biasa sekilo RM10 dan yang besar-besar sekilo RM 25. Hajat hati nak beli udang galah tapi mahal bebeno…over budget. Beli 3 kilo udang dan 2 kilo sotong. Bawa belian ke sebuah kedai untuk di pek dalam bekas khas berisi ais supaya tahan lama. Asyik sungguh memerhatikan pekerjanya membungkus dengan penuh hati-hati dan kemas. Lapisan demi lapisan supaya tidak bocor dan tahan. Sebelum balik, sempat berbisik pada pekerja muda itu supaya buka kedai sendiri bila sudah mampu nanti….hehe…sampai bila nak kerja dengan orang, kan.

Bagi yang tak sempat membeli di pasar, boleh beli di airport juga. Bagus kan.

Flight kami dijadualkan pada jam 6.20 tapi ditunda ke 7.15 dan akhirnya 8.20 baru berlepas kerana plane lambat arrive akibat cuaca buruk dan plane lambat take off kerana ada passenger yang terpaksa dikeluarkan. Sampai di KL jam 10.30, ambil barang dan mujur sempat naik Aerobus jam 11pm. Sampai di KL Sentral pada jam 12am dan terus pulang ke rumah naik kereta. Pengsan akibat penat teramat, mengangkat kotak 5kg makanan laut bukannya mudah…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *