Trip to Kuching – Day 4

0800: Tak lalu dah nak makan yg sama setiap pagi. Last2 layan roti ajelah.

0830: Semua peserta dah tiba di bilik seminar. Beri last wrap-up selama satu jam. Ulang semula dari awal iaitu buat table sehingga akhir iaitu report. Beri peluang sesi Q&A dan seperti dijangka ulangtayang bahagian Relationship dan Query yg agak mengelirukan.

0930: Sesi kerja kumpulan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang diberi tugasan melibatkan pembinaan beberapa table, form, queries, calculation, relationship dan report. Ada yg memilih untuk buat secara individu kerana ingin 100% hands-on bagi kerja tersebut. Masa diberikan adalah 1 jam 30 minit. Rata-rata peserta berjaya menyiapkannya dalam masa 1 jam. Pencapaian yang membanggakan!

1100: Break dan sesi penutup program dan penyampaian sijil. Acara bermula lewat kerana pegawai berkenaan tiba lewat dari dijangkakan. Trainer diberi peluang berucap didepan dan memberikan ulasan sepanjang kursus berjalan. Sesekali berpeluang berucap di podium, sedap juga. Rasa mcm ahli politik pulak šŸ™‚

1245: Program berakhir, bersalaman dengan peserta. Syahdu le pulak. Masing-masing gembira kerana objektif tercapai dan tak sabar-sabar nak pulang ke stesen masing-masing. Lunch dan apalagi, urusetia berperang dalam bilik seminar untuk mengemas semua laptop.

1400: Siap berkemas, tumpangkan semua beg pada sebuah kereta kakitangan untuk dihantar ke Penview Inn. Balik ke bilik untuk mandi dan rehat. Cadang nak keluar di waktu petang tapi mata terlalu berat.

1945: Bersiap-siap untuk keluar makan makan bersama seorang bekas peserta kursus terdahulu yang bermurah hati membawa kami berjalan di sekitar bandar pada malam terakhir. Singgah di pusat pembuatan kek lapis yang terkenal dan memborong kek lapis. Asyik juga melihat mereka membuat kek lapis. Proses yg agak rumit, kek akan dibuat selapis dan dibakar kemudian dibuat lapisan kedua, dibakar lagi dan begitulah seterusnya. Banyak kek dalam tray yang sudah siap menunggu untuk dipotong dan dibungkus. Yang baru diletak di rak juga secepat kilat disambar oleh pelanggan yang sedia menunggu. Menurut kata penguasa tersebut pendapatan pada musim raya boleh mencecah RM100,000!!. Tak hairan kerana kek lapis mereka perlu ditempah sebulan sebelum puasa dan menjelang bulan puasa beratus-ratus kotak sedia untuk di pos akan bersusun di ruang tamu.

Rasanya memang enak. Harganya juga berpatutan, RM10 untuk yg bersaiz rectangle. Kalau berbentuk square tu dalam RM35. Jangan terkejut di KL pada musim raya kek lapis sarawak bersaiz square boleh dijual sehingga RM130!!

2045: Singgah makan di Satok kerana kami semua teringin nak pekena Mee Kolok yang terkenal tu. Ramai orang yang makan disitu, mencari parking juga susah. Kami juga turut dijamu dengan sate. Mee Kolok seakan-akan plastik dan rasanya sangat enak. Mcm megi pun ye juga. Dimakan bersama semangkuk sup dan diletak cili kicap, pehhh…enak bangat.

2145: Lepas makan round sekitar bandar. Sesak dengan penjual-penjual bunga sempena Valentine’s dan sesak dengan penyambut-penyambut Valentine’s. Tak terkecuali orang ramai yg bershopping sempena Chinese New Year.


2235: Selamat sampai ke hotel. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah yg sudi bawak kami jalan-jalan. Balik bilik, kemas barang-barang dan tido. Hujan punya lebat sampai blackout beberapa kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *