Trip to Kuching – Day 2

0730: Bangun awal, fresh. Sarapan di hotel. Nasi lemak dengan sambal yg emm…rindu kat nasi lemak KL. Jalan kaki ke Rajah Court dan standby di bilik seminar. Student dah sampai, pasang projektor dan edarkan nota. Perkenalkan diri dan intro kursus. Break di jam 1030 dan sambung sehingga 1245.



1400:
Kursus sambung semula. Student sangat punctual dan bersungguh-sungguh ketika belajar. Yang tidak tahu terus bertanya. Tidak main-main didalam kelas. Sikap yg pertama kali dilihat sepanjang berkecimpung dalam bidang training. Mungkin kerana mereka datang dari jauh (ada yg dari Limbang, daerah paling hujung di Sarawak. Kene naik 2 kali kapal terbang. Ada yg naik bot dan kapal terbang. Tak sesia mereka datang untuk belajar). Layan design form pula kasi lawan ngantuk. Break 1600 dan sambung bengkel hingga jam 1730. Habis kelas balik hotel terus pengsan. Kaki sakit teramat sebab berdiri dan berjalan sepanjang waktu kelas.

1930: Dinner di Rajah Court. Makanan mereka kurang pedas, kurang penggunaan cili. Member siap bawak peket lada hitam dan tabur pada lauk. Sup kambing yang seda turut dihidangkan. Tapi lauk di waktu malam lebih sedap dari makan tengahari. Oleh kerana kami yang slalunya last makan, pakat ratah le lauk yg ada. Lepak dan sembang sampai kol 2030. Balik hotel dan tido. Kepenatan yang teramat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *