Ulasan Buku

Untuk ulasan buku kali ini, sherrina memilih sebuah biografi bergambar yang di keluarkan oleh dk.com bertajuk Helen Keller: A Photographic Story of A Life.

Buku ini yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia adalah sebuah buku mengenai kehidupan seorang kanak-kanak perempuan bernama Helen Keller yang buta dan pekak sejak kecil akibat demam panas. Di zaman 1800, buta dan pekak disisihkan dan tiada teknologi mahupun pembelaan bagi mereka. Kedatangan seorang guru yang digelar ‘The Teacher’ telah mengubah sikap Helen daripada seorang yang nakal dan pemarah kepada seorang yang pintar dan sopan.

Helen membesar disamping Teacher yang bernama Anne Sullivan sehingga Anne tua dan meninggal dunia. Anne mengajar Helen bagaimana membaca dengan menulis pada tapak tangannya dan kemudian diperkenalkan kepada tulisan Braille. Helen menjadi seorang dewasa yang terkenal ke seluruh dunia kerana kehebatan beliau sebagai seorang buta dan pekak dan mampu belajar sehingga ke peringkat universiti.

Buku ni sangat bagus untuk bacaan am dan memberikan sumber inspirasi kepada pembaca bahawa hidup ini punya harapan dan perlukan usaha.

Rujukan Lanjut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *