LRT oh LRT

Bukan selalu ada peluang naik LRT. Bila last naik LRT? Hmmm…..masa gi KLCC tgk pameran awal bulan ni tapi sampai KLCC aje. Anyway, 2 hari ni berkampung di NPC kerana observe Iskandar dari Activemind menyampaikan kursus Microsoft Access kepada kakitangan NPC. Baru ni lah berpeluang naik LRT sampai ke Taman Jaya.

Pagi-pagi sampai ke LRT Wangsa Maju terkejut beruk gak lepas membeli tiket dan naik ke stesen. Humang aihhh ramainya umat. Siap beratur tu….boleh caya ke LRT rugi? Gua tak caya, beb. Anyway, beratur lah sambil melihat ada kot 5-10 LRT lepas didepan mata tapi turn nak naik tak sampai2….last dapat naik gak. Mengingatkan kembali kepada kenangan zaman skolah CBN dulu berasak-asak dalam bas mini. Sapa kata bas mini dah pupus? Adaa……cuma la ni bukan dalam bentuk bas, tapi LRT. Bergesel bahu, panas toksah kata. Memasing senyap aje, muka stone. Stress gamaknya hari2 melalui perkara yang sama. Selama 2 hari melalui kawasan2 sehingga ke Taman Jaya, seronok gak dapat observe mende2 yg slama ni tak perasan pun. Antaranya….

  • masih selamat padang bola di Brickfield tapi brape lama? Ramai yg gatal tangan nak develop kawasan tu
  • Buruknya sekitar KL Sentral. Sampah2 pembinaan masih bersisa disana sini
  • Merenung sedalam-dalamnya ke dalam air sungai yg likat warnanya sambil berharap kot2 dapat tgk mayat terapung =>Pasar Seni
  • Di celah-celah hutan batu, masih ada rumah2 kampung => Abdullah Hukum
  • LRT lalu dekat sungguh dengan satu swimming pool. Pool sapa ek? =>Universiti
  • Rumah-rumah kampung tu status setinggan ke tanah sah? =>Kerinchi
  • Banyaknya umah2 banglo beso2 design 70an => Taman Jaya

Kepada para pelancong, selamat datang ke Malaysia dan jangan lupa beli setem ini yang dicipta sempena Tahun Melawat Merawat Malaysia 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *