HARI RAYA 2006 – Day One

Assalammualaikum, pekabo? Burbbb…tu dia…bau lemang, bau ketupat, bau kuah kacang. Sakan noo…sampai boroi perut dibuatnya melantak sakan. Bagi yang beraya di kampung maybe raya seminggu ni jalan sakan lah. Aku yg beraya di KL ni seminggu raya ni berehat dulu. Cuma pi beraya umah sedara terdekat. Pastu tunggu semua balik ke KL semula baru leh jalan ke umah kawan2 lain.

Hari raya pertama biasa sahaja. Cuaca KL pun mendung, hujan di tengahari , petang dan malam. Main bunga api kene kensel sebab hujan. Kesian budak2 kecik menunggu2 bila nak cucuh bunga api. Sok2 lah ya adik-adik. Petang tadi masing2 boring tahap cipan dok dlm umah, aku bawak lah depa ke taman permainan depan umah pakcik aku tu. Tu dia ligan…..macam terlepas dari kandang. Sempat le snap beberapa gambo anak-anak buah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *