Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah berlalu seminggu pertama Ramadhan. Mujur juga bulan Ramadhan ni kerja2 mengajar disekolah sudah berkurangan kerana ada sekolah yang minta untuk habiskan silibus sebelum puasa. Tak bermakna takde keje langsung bulan puasa ni. Bulan puasa ni banyak aktiviti involve di sekolah2 menengah dimana syarikat sherrina akan buat pelbagai computer activities di beberapa buah sekolah. Sherrina ngan member2 training tgh atur program2 English camp sempena cuti skolah. Roughly rancangannya akan buat 2 program, 1 di FRIM dan 1 di dewan serbaguna di Selayang. Program ni untuk menanam minat pelajar2 kepada Bahasa Inggeris dan banyak aktiviti menyeronokkan telah dirancang. Insya’ Allah jika tiada aral ia akan diadakan pada bulan Disember.

Sherrina juga akan hadiri 2 kursus mengajar catur. Kursus Asas Catur dan Train the Trainer. Dari dulu lagi niat nak mengajar catur sebab student2 sherrina ramai tak didedahkan kepada permainan ini. Catur sangat bagus untuk brain development kerana ia mengajar kita camne nak develop strategy.

Disebabkan banyak main chess masa kecik, dalam kehidupan seharian pun kdg2 sherrina apply chess strategy 🙂 Hopefully lepas kursus bleh mengajar chess di rumah2 anak yatim secara sukarela dan mengajar pada kanak-kanak yang berminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *